Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja sosial dinobat penerima Anugerah Jauhari Harapan 2024

Oct 25, 2024 | 8:50 PM
Pekerja sosial dan Pengasas Bersama Project Hills, Cik Zulayqha Zulkifli, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Jauhari Harapan 2024 dalam majlis tahunan Anugerah Jauhari 2024 anjuran Berita Harian (BH) pada 25 Oktober.
Pekerja sosial dan Pengasas Bersama Project Hills, Cik Zulayqha Zulkifli, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Jauhari Harapan 2024 dalam majlis tahunan Anugerah Jauhari 2024 anjuran Berita Harian (BH) pada 25 Oktober. - Foto ZB

Pekerja sosial dan pengasas bersama Project Hills, Cik Zulayqha Zulkifli, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Jauhari Harapan 2024 dalam majlis tahunan Anugerah Jauhari 2024 anjuran Berita Harian (BH) di Hotel Four Seasons pada 25 Oktober.

Anugerah tersebut – disokong penyampai FairPrice Group dan ditaja oleh Royal Kings Group serta OrangeTee sebagai rakan kongsi – diberikan BH bagi meraikan individu berusia 30 tahun dan ke bawah yang menunjukkan pencapaian dan potensi dalam bidang tersendiri.

Anak kedua dalam empat beradik berusia 30 tahun itu merangkul anugerah tersebut atas usahanya memperjuangkan advokasi bagi pemerkasaan masyarakat dan komitmen beliau membantu keluarga memerlukan.

Cik Zulayqha merupakan lulusan sarjana muda Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan ketika masa lapang daripada pekerjaan sepenuh masa sebagai pekerja sosial, beliau mengendalikan inisiatif Project Hills.

Inisiatif tersebut ditubuhkan pada April 2020 bersama abangnya, Encik Zulhaqem Zulkifli, bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik dan keluarga yang tinggal di rumah sewa.

Antara lain, inisiatif itu mengagihkan makanan, memberi sokongan emosi dan memperjuang advokasi bagi keluarga yang tinggal di flat rumah sewa agar mereka tidak rasa dipinggir oleh masyarakat.

Setakat ini, ia telah berjaya membantu lebih 2,000 keluarga daripada 11 blok sewa dan menggembleng tenaga 150 relawan.

Semasa berucap kepada sekitar 230 hadirin dalam majlis penganugerahan tersebut, Cik Zulayqha berkongsi bahawa langkah menyumbang semula memastikan beliau berpijak di bumi nyata dan fokus terhadap misinya – memperkasa masyarakat sedaya mampu.

Antara penerima Anugerah Jauhari Harapan sebelum ini ialah petinju profesional Muhammad Ridhwan ‘The Chosen Wan’; pendayung negara dan atlet Olimpik Saiyidah Aisyah Mohamed; dan penerima biasiswa presiden Muhammad Dhafer Muhammad Faishal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg