Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelajar cuba hidangan sedia dimakan dalam simulasi gangguan bekalan makanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar cuba hidangan sedia dimakan dalam simulasi gangguan bekalan makanan

Feb 15, 2024 | 08:23 PM



Anggukan tanda setuju dilihat di seluruh bilik darjah ketika pelajar daripada Sekolah Menengah Perempuan Cedar, termasuk pelajar Menengah 4, Diya Manu, kali pertama mencuba hidangan sedia dimakan pada 15 Februari.

Diya, 15 tahun, mencuba sajian ‘butter chicken’ yang dihidangkan dalam kotak bento, sama seperti yang dilihat di kedai serbaneka.

“Ia benar-benar lazat dan cukup seimbang kerana ia mempunyai semua khasiat yang diperlukan,” kata Diya, sambil menambah dia menyangka makanan itu akan rasa seperti catuan kombat tentera.

Diya dan rakan sekolahnya mengambil bahagian dalam simulasi gangguan bekalan makanan sebagai sebahagian daripada kegiatan Hari Pertahanan Mutlak 2024, lapor The Straits Times.


Sekolah mereka adalah salah satu daripada 40 sekolah menengah yang mengalami kecemasan makanan, apabila makanan yang ditawarkan di kantin digantikan dengan hidangan sedia untuk dimakan buatan tempatan.

Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dan Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, menyertai Diya dan rakan sekelasnya untuk menjamu selera di Sekolah Menengah Perempuan Cedar, ketika guru-guru bercakap tentang kepentingan Pertahanan Mutlak dan cara bersedia menghadapi kemungkinan kecemasan.

Encik Chan juga memberitahu kelas itu tentang penyimpanan stok, iaitu satu contoh usaha yang dilakukan Singapura sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

Beliau turut menjelaskan cara Singapura menyimpan stok makanan untuk mempersiapkan diri menghadapi gangguan.

Simulasi gangguan makanan ini adalah satu daripada tiga – dua lagi ialah gangguan bekalan air dan kuasa – yang diadakan pada 15 dan 16 Februari oleh lebih 500 organisasi di seluruh Singapura.

Antaranya ialah 352 sekolah yang melibatkan lebih 400,000 pelajar dan guru dalam simulasi gangguan itu.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, pula mengunjungi Sekolah Menengah Jurong West untuk meninjau gangguan bekalan makanan dan cara pelajar bertindak balas dalam ‘kecemasan’ itu. 


Gangguan simulasi ini adalah sebahagian daripada Latihan SG Bersedia, latihan Pertahanan Mutlak seluruh pulau Singapura yang pertama.


Diadakan sempena memperingati Hari Pertahanan Mutlak ke-40, acara itu akan berlangsung hingga 29 Februari dan bertujuan meningkatkan kesediaan rakyat Singapura menghadapi krisis dan gangguan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >