Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelajar jaya imbangi masa antara kelab tarian dengan peperiksaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar jaya imbangi masa antara kelab tarian dengan peperiksaan

Dec 25, 2023 | 05:31 AM



Sebagai pengerusi kumpulan tarian Melayu di Sekolah Menengah Beatty, Siti Nur Nabilah Hashim, berasa bertanggungjawab untuk meneruskan prestasi baik sekolahnya.

Pelajar berusia 16 tahun itu mempunyai minat mendalam dalam seni tarian Melayu yang bermula sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Maka itu, tidak menjadi kejutan apabila dia memilih untuk mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum yang sama di sekolah menengah.

Apabila ditanya tentang cabaran yang dihadapinya, Siti Nur Nabilah berkata:

“Saya tahu bahawa sekolah ini mempunyai sejarah memenangi anugerah kepujian bagi pertandingan Pesta Belia Singapura (SYF).

“Oleh itu, apabila saya menjadi pengerusi pada 2022, saya ingin memastikan bahawa kami akan memenangi anugerah yang sama pada 2023.”

Siti Nur Nabilah turut menunjukkan kematangan berbanding rakan sebaya yang lain apabila harus menangani cabaran sebagai pengerusi.

Antaranya adalah isu ketidakhadiran.

Apabila anggota kumpulan tariannya tidak hadir, ia akan menjejas pembentukan tarian tersebut.

Oleh itu, Siti Nur Nabilah harus memastikan bahawa mereka yang tidak hadir, tidak ketinggalan.

Dia akan memainkan semula rakaman tarian dan mengajar mereka koreografi yang sama pada minggu selanjutnya.

Selain daripada kecemerlangannya dalam bidang tarian dan kepimpinan, Siti Nur Nabilah juga merupakan antara 10 pelajar aliran Normal (Akademik) di Sekolah Menengah Beatty yang mengambil mata pelajaran bahasa Melayu pada Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ dan berjaya meraih gred 1 bagi mata pelajaran tersebut.

Siti Nur Nabilah juga menitikberatkan pentingnya memilih teman yang boleh mempengaruhi dirinya secara positif.

“Saya percaya bahawa rakan yang baik dan positif adalah penting kerana kita dapat membantu antara satu sama lain.

“Jika mereka lebih arif dalam mata pelajaran yang tertentu, mereka boleh mengajar saya tetapi jika mereka lemah, kita boleh hadiri kelas tambahan bersama,” katanya.

Sebagai anak yang bongsu lima beradik, Siti Nur Nabilah mendapat bimbingan dan sokongan yang tidak putus daripada keluarganya semasa dia menduduki peperiksaan GCE peringkat ‘N’.

Adik-beradiknya yang berusia 17, 19, 28 dan 29 tahun juga merupakan alumni sekolah yang sama.

Untuk menyokong adik bongsu, mereka akan membuatkan kuiz daripada nota-nota yang tersedia.

Dengan itu, ia dapat membuat sesi ulang kaji itu seronok.

Ia juga membolehkannya mengingati maklumat dengan lebih mudah.

Siti Nur Nabilah berhasrat melanjutkan pelajarannya dalam bidang sains dan khasiat pemakanan.

“Saya ingin melangkah ke peringkat yang seterusnya dan kerana itu, saya membuat keputusan untuk tidak mara ke Menengah 5... saya berharap dapat memasuki Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP) atau Program Asas Politeknik (PFP),” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >