Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar tarik nafas lega, bayar yuran pengajian dengan bantuan subsidi

Nov 28, 2024 | 4:09 PM
Selain menghargai bantuan Subsidi Yuran Pengajian Tinggi (TTFS) Muhammad Isfarhan Ishak (tengah) juga bersyukur dengan sokongan yang diberi oleh ibu bapanya, Cik Suhani Bandan (kiri)dan Encik Ishak Daud (kanan).
Selain menghargai bantuan Subsidi Yuran Pengajian Tinggi (TTFS) Muhammad Isfarhan Ishak (tengah) juga bersyukur dengan sokongan yang diberi oleh ibu bapanya, Cik Suhani Bandan (kiri)dan Encik Ishak Daud (kanan). - Foto ihsan MUHAMMAD ISFARHAN ISHAK

Berdepan dengan kesukaran membayar yuran pengajian, Muhammad Isfarhan Ishak, 22 tahun, pernah terfikir untuk bekerja sambil belajar demi menggenggam Diploma Kejuruteraan Marin daripada Politeknik Singapura (PS).

Walau bagaimanapun, anak bongsu daripada tiga beradik itu bernasib baik, apabila beliau berjaya mendapatkan Subsidi Yuran Pengajian Tinggi (TTFS) pada tahun 2019.

Bantuan yang diterima sejak tahun pertama pengajian (semester kedua) di Politeknik Singapura itu memberi kelegaan besar kepada Isfarhan dan keluarga kerana mereka tidak lagi perlu risau tentang kos pengajian yang perlu ditanggung.

SEDIH LIHAT BAPA BEKERJA LEBIH MASA

Pada waktu tersebut, keputusan bekerja sambil belajar itu terdetik kerana ingin meringankan beban bapanya, Encik Ishak Daud, 56 tahun, yang terpaksa bekerja lebih masa bagi menampung seluruh keluarga dan pendidikan anak-anak.

“Saya bukan orang senang. Bapa saya hanyalah seorang juruteknik dan ibu saya pula suri rumah. Saya berasa berat hati apabila melihat bapa saya terpaksa berusaha keras untuk menyara kami sekeluarga, lebih-lebih lagi ketika saya dan kakak kedua, Nurul Fasha Ishak, memasuki kursus diploma pada tahun yang sama.

“Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk bekerja sambil belajar, tetapi dihalang oleh ibu bapa saya kerana mereka khuatir saya akan terbeban dengan kerja sambilan. Malah, mereka menasihati saya agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran sahaja.

“Saya sangat bersyukur memiliki keluarga yang sangat menyokong. Suatu hari nanti, saya berharap dapat membanggakan keluarga, sekali gus memberi mereka kehidupan yang lebih baik,” kata Isfarhan yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pengurusan Rantaian Bekalan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

DUIT TIDAK CUKUP UNTUK TAMPUNG PENGAJIAN

Sebelum mendapat tahu tentang TTFS, Isfarhan hanya bergantung pada bantuan Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) untuk menampung yuran diploma. Namun, bantuan tersebut masih tidak mencukupi pada tahun pertama, walaupun turut ditampung dengan bantuan PSEA kakak sulungnya, Cik Nurul Fakriah Ishak.

Selepas mendapat saranan daripada rakan-rakan, ibu Isfarhan, Cik Suhani Bandan, 53 tahun, pula memutuskan mencari cara lain dengan bercadang memohon pinjaman daripada Mendaki.

Rezeki tidak salah alamat, sebaliknya Isfarhan disarankan oleh Mendaki agar memohon TTFS, yang merupakan satu skim bermanfaat, terutamanya bagi golongan kurang berkemampuan.

Dengan sokongan TTFS, Isfarhan memperoleh subsidi penuh bagi menampung pengajiannya ketika belajar di Politeknik Singapura.

“Melalui bantuan tersebut, yuran pengajian saya ditanggung sepenuhnya. Pendapatan keluarga pada waktu itu pula dapat digunakan untuk keperluan dapur, pembayaran bil dan lain-lain, sekali gus menempatkan keluarga dalam keadaan kewangan yang lebih baik,” kata Isfarhan.

Skim Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS)

TTFS bertujuan membiayai yuran pengajian pelajar Melayu di institut pengajian tinggi setempat. TTFS adalah perlembagaan pemerintah untuk melindungi dan memupuk kepentingan Pendidikan masyarakat Melayu Singapura.

Pelajar daripada keluarga berpendapatan kurang daripada $2,000 per kapita (PCI), layak menerima bantuan TTFS.

Untuk maklumat lanjut mengenai TTFS, lungsuri https://www.mendaki.org.sg/.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg