Pelanggan membanjiri Pasar dan Pusat Makanan Geylang Serai pada 28 Julai, hari terakhir ia beroperasi sebelum ditutup untuk kerja naik taraf dari 29 Julai hingga 31 Oktober.
Antara kawasan paling sibuk di situ ialah pusat makanan di tingkat dua, selain ramai daripada mereka membeli barang mentah di pasar dan pakaian di kedai pakaian di tingkat dua.
Pada sekitar 9 pagi, barisan panjang dapat dilihat di gerai makanan dan pelanggan menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk.
Kawasan pasar juga sibuk dengan pelanggan. Walaupun pasar akan tutup, pelanggan boleh mendapatkan barangan dari Pasar Geylang Serai secara dalam talian di laman web geylangserai.shop, yang dilaporkan Berita Harian sebelum ini.
Laman web tersebut menyediakan khidmat penghantaran barang basah seperti daging dan ayam, makanan beku serta makanan dalam tin yang diperoleh daripada penjual Muslim di pasar itu.
Kerja naik taraf itu adalah sebahagian daripada Program Transformasi Pusat Penjaja (HTP).
Di bawah HTP, kerja naik taraf merangkumi penambahbaikan kerusi dan meja, jubin, ruang udara, tandas dan penambahan tempat cuci tangan.
Kerja naik taraf tertentu bakal berlangsung hingga 31 Disember, namun Pasar Geylang Serai dijadualkan kembali beroperasi pada 1 November 2024.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg