Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelanggan BH teruja buat kek tapak kuda

Mar 5, 2024 | 5:30 AM
Pelanggan dan pembaca BH tekun mempelajari teknik membuat kek tapak kuda kegemaran ramai.
Pelanggan dan pembaca BH tekun mempelajari teknik membuat kek tapak kuda kegemaran ramai. - Foto SPH MEDIA REWARDS

Sebelum ini, Cik Asminah Narsi hanya membeli kek dan kuih-muih bagi hidangan Raya di rumahnya.

Namun, kebiasaan ini mungkin berubah kerana Cik Asminah telah mempelajari cara membuat kek tapak kuda anjuran Berita Harian (BH) serta unit Bahagian Pengguna di SPH Media Trust.

Ia merupakan usaha akhbar ini untuk terus mendekati masyarakat terutama pelanggan BH, serta menawarkan bengkel-bengkel menarik bagi mereka.

Bengkel itu diadakan di Institut Kulinari SSA di Tai Seng Centre pada 2 Mac lalu dan 20 pembaca BH telah menghadirinya.

Cik Asminah, 76 tahun, berkata kek tapak kuda merupakan sajian kegemaran anak dan cucu-cucunya, terutama di waktu Lebaran.

Beliau juga teruja kerana berpeluang mempelajari teknik membuat kek itu dengan harga istimewa.

“Saya gembira dapat menghadiri bengkel khas anjuran BH ini dan mempelajari cara membuat kek tapak kuda dengan bimbingan cef bertauliah.

“Sebelum ini, saya hanya membeli kek-kek untuk Raya. Mana tahu, saya dapat membuat kek tapak kuda ini sendiri kelak,” jelas mantan guru dan nenek tujuh cucu itu lagi.

Menurut Cik Asminah, bengkel sebegini sungguh bermakna bagi dirinya. Harga yang dikenakan juga berbaloi. Pelanggan BH hanya perlu membayar $40 bagi bengkel itu, berbanding $80 bagi harga biasa.

Beliau melahirkan minat untuk menghadiri lebih banyak sesi sedemikian anjuran akhbar ini pada masa hadapan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg