Pelanggan BH/BM tidak terjejas dengan format kompak baru
Pelanggan BH/BM tidak terjejas dengan format kompak baru
Pelanggan sedia ada Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM) tidak akan terjejas dengan perubahan format akhbar ini, daripada lembaran lebar (broadsheet) kepada saiz kompak.
Mereka akan terus menerima akhbar seperti biasa, cuma dalam format baharu, bermula 24 Mac.
Dalam mesejnya kepada pelanggan BH, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, berkata format kompak baru itu membolehkan pembaca menikmati berita dengan selesa, sama ada di rumah, di pejabat, atau semasa perjalanan.
“Kami berharap kompak BH yang baru ini akan terus menjadi teman setia anda, memudahkan bacaan sambil mengekalkan semangat Raya yang hangat dan meriah,” katanya.
Pembaca yang berminat melanggan akhbar BH boleh imbas kod QR di bawah ini, layari bhsub.sph.com.sg/akhbar-bh atau hubungi 6388 3838.

