Kira-kira tiga bulan lalu, Encik Balasubramanian Chithambaram membeli barang kemas untuk isterinya dan menyerahkan namanya kepada cabutan bertuah Mustafa Jewellery.
Kedai barang kemas di Little India itu memberikan AS$5,000 ($6,734) kepada pelanggan dalam cabutan bertuah setiap bulan.
Dengan tidak disangkanya $6,000 yang dibelanjakan oleh Encik Balasubramanian untuk isterinya membawa pulangan yang lebih besar.
Pada 24 November, jurutera projek itu, yang telah bekerja di Singapura selama 21 tahun, dipilih sebagai pemenang hadiah utama AS$1 juta.
Semua pelanggan Mustafa Jewellery yang membelanjakan sekurang-kurangnya $250 layak untuk cabutan besar.
Encik Balasubramanian berada dalam keadaan tidak percaya apabila pengacara acara cabutan bertuah membuat panggilan video dari Kelab Perkhidmatan Awam @ Tessensohn.
Sambil menitis air mata dan mengesat peluhnya, Encik Balasubramanian berkongsi:
“Hari ini juga merupakan ulang tahun kematian ayah saya yang keempat. Ini satu rahmat.
Apabila ditanya mengenai rancangannya dengan wang kemenangannya, Encik Balasubramanian berkata beliau akan memberitahu ibunya terlebih dahulu bahawa beliau telah menang dan membelanjakan sebahagian wang untuk didermakan kepada masyarakat sebagai tanda penghargaan selama bertahun-tahun bekerja di Singapura.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg