Pelawak Mahadi Shor hidap barah mulut, demensia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelawak Mahadi Shor hidap barah mulut, demensia

Antara tokoh veteran yang dapat sumbangan Projek Dana Kita Prihatin (DKP) Kelab Pondok Peranakan Gelam 2026
Mar 9, 2026 | 5:13 PM

Pelawak Mahadi Shor hidap barah mulut, demensia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mahadi Shor Obe Didi, Dana Kita Prihatin 2026, Masjid Malabar, Borhan Saini, Artis veteran Singapura
Pengerusi Kelab Pondok Peranakan Gelam, Encik Borhan Saini, yang menganjurkan Projek Dana Kita Prihatin 2026, mengagihkan wang derma dan barang keperluan Ramadan kepada Mahadi Shor di Rumah Jagaan Kesihatan NTUC di Tampines. - Foto S. YAACOB

Suatu ketika dahulu beliau sering mencuit hati ramai dengan telatah dan lakonan bersahaja serta personalitinya yang ramah.

Kini, pelawak Mahadi Shor, 75 tahun, yang juga dikenali sebagai Obe Didi, berada di Rumah Jagaan Kesihatan NTUC di Tampines dan sedang mendapatkan rawatan.

Ketika dihubungi, isterinya, Tiasa Bujang, 73 tahun, atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Rozy, memberitahu Berita Harian (BH) suaminya sedang mengalami beberapa penyakit.

Ia termasuk sakit ginjal akibat kencing manis, sakit jantung dan sejak 2025, menghidap barah di bahagian mulutnya, menyebabkan beliau tidak dapat bercakap dan menghadapi kesukaran untuk makan.

Difahamkan, beliau juga menghidap demensia dan daya ingatannya lemah.

“Melihat keadaannya membuatkan saya sedih. Beliau seorang suami yang baik, dan suka bergurau, membuat saya ketawa,” kata Rozy yang melawat suaminya sekurang-kurangnya tiga kali seminggu jika kesihatannya mengizinkan.

Mahadi adalah antara tokoh veteran yang telah mendapat sumbangan daripada Projek Dana Kita Prihatin (DKP) Kelab Pondok Peranakan Gelam 2026, selain bekas pemain sepak takraw kebangsaan, Eusofe Budal, serta pelakon Zamberi Abdul Patah, yang dikenali dengan watak Cik Leh dalam drama Suria, Jeritan Sepi.

Pengerusi DKP, Encik Borhan Saini, berkata keprihatinan terhadap golongan itu perlu mendapat perhatian masyarakat.

“Mereka (artis tanah air) telah menghiburkan kita, dan (atlet pula) berhempas-pulas mengharumkan nama negara, kini giliran kita pula membalasnya, tatkala mereka dalam keadaan sedemikian,” katanya.

Projek DKP telah membantu lebih 1,000 penerima dengan sumbangan barangan dan wang tunai bernilai sekitar $15,000 sejak 2020.

Pada 2026, sekitar 150 set barangan keperluan Ramadan dan persiapan Syawal diagihkan kepada penerima daripada Friends of Autism Charitable Trust, Pertubuhan India/Islam dan Masjid Malabar.

Acara yang diadakan dengan kerjasama Masjid Malabar itu turut dihadiri Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, yang memuji semangat keprihatinan masyarakat serta penglibatan pelbagai kaum dalam usaha tersebut.

Pengerusi Masjid Malabar, Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kelab Pondok Peranakan Gelam atas usaha murni menganjurkan program yang penuh makna itu.

“Inisiatif seperti ini bukan sahaja membantu dalam meringankan beban mereka yang memerlukan, bahkan juga memperkukuhkan semangat kebersamaan dan kepedulian dalam masyarakat kita.

“Ia sangat selari dengan usaha Salam SG pada 2026, yang bertujuan untuk terus menggalakkan masyarakat mengamalkan nilai-nilai murni seperti kesopanan dan kesantunan.”

Encik Borhan juga mengucapkan syukur dan menurutnya, rata-rata penerima berasa terharu dan menghargai usaha yang telah dijalankan dan berterima kasih kepada dermawan dan penaja yang telah bermurah hati turut sama menjayakan acara tahunan itu.

Mereka (artis tanah air) telah menghiburkan kita, dan (atlet pula) berhempas-pulas mengharumkan nama negara, kini giliran kita pula membalasnya, tatkala mereka dalam keadaan sedemikian.
Encik Borhan Saini, Pengerusi Projek Dana Kita Prihatin (DKP).
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg