Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelbagai aktiviti dirancang sempena ulang tahun ke-60 S’pura pada 2025

Sambutan SG60 bertujuan rai perjalanan pembangunan negara dan mencermin nilai bersama iaitu berbilang budaya, keberanian, daya tahan dan keterbukaan
Nov 4, 2024 | 9:00 PM
Acara pertama sempena sambutan Tahun Baru pada malam 31 Disember 2024 yang dinamakan, ‘ONE Countdown 2025’ bakal diadakan bagi membuka tirai SG60.
Acara pertama sempena sambutan Tahun Baru pada malam 31 Disember 2024 yang dinamakan, ‘ONE Countdown 2025’ bakal diadakan bagi membuka tirai SG60. - Foto fail

Rakyat Singapura boleh menjangkakan pelbagai aktiviti sepanjang 2025 untuk meraikan perjalanan negara sehingga kini dan membentuk bab seterusnya dalam ‘Kisah Singapura’.

Sempena menyambut ulang tahun Singapura yang ke-60 pada 2025, tema SG60 adalah Membina Singapura Kita Bersama.

Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), dalam satu kenyataan berkata, SG60 bertujuan “meraikan perjalanan pembangunan negara kita dan mencerminkan nilai-nilai bersama iaitu berbilang budaya, keberanian, daya tahan dan keterbukaan”.

Justeru, MCCY menambah bahawa banyak program utama SG60 menyentuh nilai-nilai yang dikongsi bersama dan menggalak rakyat Singapura merenung, mendukung dan menghayatinya.

Program itu termasuk Chingay, Exercise SG Ready, Hari Air Sedunia Singapura, Bulan Keharmonian Kaum dan Agama, Pavillion Singapura di Expo 2025 Osaka dan Piala Dunia Renang Akuatik Dunia.

Mentelah lagi, Singapura akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia Renang Akuatik Dunia dengan acara 2025 itu dijadualkan dari 11 Julai hingga 3 Ogos di Hab Sukan Singapura dan Sentosa.

Sedang program SG60 diharapkan dapat menyatukan rakyat Singapura untuk membina masa depan negara bersama, ia juga dibahagikan kepada tiga aspek iaitu:

1. Menghubungkan rakyat Singapura dengan satu sama lain;

2. Menyumbang kepada kompak sosial yang diperbaharui di bawah Melakar Hala Tuju Singapura, dan

3. Mengambil berat tentang orang lain.

Di bawah aspek ‘Menghubungkan rakyat Singapura dengan satu sama lain’, program yang ditawarkan memberi peluang kepada rakyat Singapura menjalin hubungan yang bermakna melalui pengalaman bersama yang melangkaui usia, bangsa, bahasa dan agama.

Selain sambutan Hari Kebangsaan, ini termasuk acara Project Citizens – The First Million (April 2025 hingga Mac 2026), satu daya utama Taman Tugu Pengasas untuk mengumpul kisah generasi pengasas Singapura dan acara GetActive! Singapore (Julai hingga Ogos 2025), satu gerakan nasional untuk menyambut Hari Kebangsaan menerusi sukan.

Bagi aspek ‘Menyumbang kepada kompak sosial kita yang diperbaharui di bawah Melakar Hala Tuju Singapura, rakyat negara ini berpeluang mengikuti program yang ditawarkan dalam SG60 untuk bekerjasama, berkongsi idea dan mencipta penyelesaian bersama dalam membina Singapura bagi melangkah ke bab seterusnya.

Ini termasuk program penglibatan masyarakat seperti Penglibatan Belia SG60 Majlis Belia Kebangsaan (NYC) dan Persatuan Rakyat (PA), dari Januari hingga Disember 2025, serta pameran Pelan Induk Draf 2025 Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jun 2025.

Untuk aspek ‘Mengambil berat tentang orang lain’ pula, rakyat Singapura akan diberikan pelbagai platform untuk menderma dan menjadi sukarelawan bagi menyokong golongan yang memerlukan.

Ini termasuk program sumbangan baru di serata negara oleh Dana Masyarakat yang akan dilancarkan mulai Januari 2025.

Maklumat lanjut tentang butiran program SG60 boleh didapati di sg60.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg