Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemandu ditahan selepas insiden langgar lari, pandu lawan arus di CTE
Pemandu ditahan selepas insiden langgar lari, pandu lawan arus di CTE
Pemandu ditahan selepas insiden langgar lari, pandu lawan arus di CTE
Seorang lelaki berusia 30 tahun telah ditahan berhubung kejadian langgar lari di Ekspreswe Central (CTE), menurut kenyataan polis pada 23 Jun.
Insiden yang melibatkan sebuah van dan sebuah kereta itu berlaku sekitar 4.10 pagi pada 21 Jun, ketika kedua-dua kenderaan menuju ke arah Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).
Polis menyatakan bahawa pemandu van tersebut melarikan diri dari lokasi kejadian sebelum pihak berkuasa tiba, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Susulan siasatan, pemandu van itu berjaya dikesan dan ditahan atas tuduhan memandu secara berbahaya.
Siasatan lanjut mengenai kejadian ini masih giat dijalankan oleh pihak polis.
Menerusi rakaman papan pemuka yang tular di media sosial, sebuah van hitam jelas kelihatan melawan arus lalu lintas di lorong paling kanan.
Van tersebut turut menyuluh lampu tinggi ke arah kenderaan lain, memaksa pemandu kereta terbabit membelok ke kiri bagi mengelak impak yang lebih dahsyat.
Rakaman kamera belakang memaparkan serpihan kenderaan bertaburan di atas jalan raya sebaik pertembungan berlaku berhampiran pembahagi jalan.
Setelah seketika, van berkenaan terus meluncur pergi sambil tetap meneruskan pemanduan melawan arus.
Rakaman tambahan daripada pengguna jalan raya lain turut mendedahkan bahawa van tersebut memasuki CTE melalui susur keluar Orchard Road.
