Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemandu kereta dibawa ke hospital dalam nahas dengan bas
Pemandu kereta dibawa ke hospital dalam nahas dengan bas
Pemandu kereta dibawa ke hospital dalam nahas dengan bas
Seorang pemandu kereta dibawa ke hospital selepas perlanggaran antara kenderaan yang dipandunya dengan sebuah bas SBS Transit di Bukit Timah pada 23 Mac.
Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka diberitahu mengenai kemalangan yang berlaku di persimpangan Bukit Timah Road dan Duke’s Road itu pada sekitar 12.55 tengah hari.
Pemandu kereta itu, seorang wanita berusia 34 tahun, telah dibawa dalam keadaan sedar ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).
Pemandu bas tersebut, seorang lelaki berusia 46 tahun, sedang membantu dalam siasatan, kata polis.
Sebagai respons kepada pertanyaan media, jurucakap SBS Transit, Cik Grace Wu, berkata bas perkhidmatan 157 itu sedang bergerak di laluan paling kiri di Bukit Timah Road apabila sebuah kereta yang berada di sebelah kanannya “tiba-tiba melintas ke laluan (bas), mengakibatkan perlanggaran”.
“Mujur tiada sesiapa di dalam bas, termasuk pemandu bas, yang cedera,” tambah Cik Wu.
Di dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook Singapore Roads Accident, kereta biru terlibat dalam kemalangan itu dilihat sebahagiannya berada di atas bendul jalan bagi laluan pejalan kaki di persimpangan Bukit Timah Road dan Duke’s Road.
Bahagian belakang kereta tersebut kemik, manakala bas yang berada beberapa meter di belakang kereta itu sebahagian daripada bampar depannya pecah dua.
Orang ramai dilihat menghulurkan bantuan kepada individu yang berada di atas kerusi, lapor The Straits Times (ST).
Sebuah ambulans SCDF juga dilihat berada di lokasi.
Siasatan polis sedang dijalankan.
