Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu larikan diri selepas kemalangan di Yishun

Jun 21, 2024 | 7:05 PM
Pemandu meninggalkan keretanya dan melarikan diri selepas melanggar tiang lampu.
Pemandu meninggalkan keretanya dan melarikan diri selepas melanggar tiang lampu. - Foto SHIN MIN

Polis sedang mencari seorang lelaki yang melarikan diri dari tempat kejadian selepas merempuh tiang lampu di Yishun pada petang 20 Jun dan meninggalkan penumpang wanitanya.

Penumpang itu, seorang wanita berusia 32 tahun, ditahan kerana disyaki mengambil dan memiliki dadah terkawal, peralatan dadah dan bersekongkol dengan seseorang yang bersenjata, kata polis dalam satu kenyataan pada 21 Jun.

Polis berkata mereka menerima panggilan meminta bantuan di Blok 746, Yishun Street 72, sekitar 8.15 malam pada 20 Jun.

Apabila pegawai polis tiba di tempat kejadian, sebuah kereta memecut dan kemudian terbabas di Yishun Street 71.

Pemandu kereta itu kemudian meninggalkan kenderaan dan melarikan diri manakala penumpangnya pula ditahan pegawai.

Polis kemudian menemui pelbagai jenis senjata serta bahan yang dipercayai dadah terkawal dan peralatan dadah, di dalam kereta itu.

Menurut Shin Min Daily News, senjata yang dirampas polis termasuk pedang samurai sepanjang 75 sentimeter, pisau belati dan parang.

Gambar kenderaan yang ditinggalkan menunjukkan kereta biru itu terhenti di tepi rumput, dengan pintu dan but terbuka.

Bahagian hadapan kereta itu kelihatan rosak, dengan lampu kirinya terlanggar tiang lampu.

Pelbagai jenis senjata juga boleh dilihat diletakkan di tepi jalan, berhampiran kereta.

Seorang penduduk yang hanya memberi namanya sebagai Cik Gu, memberitahu Shin Min beliau mendengar bunyi yang kuat dan kemudian melihat sebuah kereta ternaik ke bahagian tepi jalan, dengan dua kereta polis di belakangnya.

“Saya melihat beg udara di dalam kereta sudah digunakan, dan bahagian hadapan kereta juga rosak teruk,” katanya yang berusia 30 tahun.

Usaha mengesan pemandu sedang dijalankan, kata polis.

Polis menambah bahawa kesalahan yang disyaki berkaitan dadah itu telah dirujuk kepada Biro Narkotik Pusat (CNB).

Siasatan masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg