SPH Logo mobile
Langgan|

Pemandu lelaki terbabit nahas langgar lari maut di Jurong West diberkas

Pemandu lelaki terbabit nahas langgar lari maut di Jurong West diberkas

Jan 24, 2026 | 3:09 PM

Pemandu lelaki terbabit nahas langgar lari maut di Jurong West diberkas

Orang ramai dilihat membantu memindahkan mangsa ke kawasan berumput berdekatan selepas kereta itu memecut meninggalkan tempat kejadian.
Orang ramai dilihat membantu memindahkan mangsa ke kawasan berumput berdekatan selepas kereta itu memecut meninggalkan tempat kejadian. - Foto XIAOHONGSHU/JIANGJIANG_SGDAGONGBAN

Seorang pemandu lelaki berusia 44 tahun yang terlibat dalam kemalangan langgar lari yang menyebabkan seorang pejalan kaki terkorban di Jurong diberkas pada 24 Januari kerana disyaki memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Polis sebelum itu mencari pemandu berkenaan susulan kemalangan pada 23 Januari yang melibatkan keretanya dan seorang pejalan kaki wanita berusia 36 tahun di Jurong West Avenue 4 menghala ke Jurong West Avenue 2.

Pemandu itu tiada di tempat kejadian apabila polis tiba selepas pihak berkuasa dimaklumkan sekitar 7.25 pagi.

Wanita itu tidak sedarkan diri apabila dibawa ke hospital, di mana beliau kemudian meninggal dunia, menurut polis.

Orang ramai dilihat pada pagi 23 Januari membantu memindahkan mangsa ke kawasan berumput berdekatan selepas kereta itu memecut meninggalkan tempat kejadian.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg