Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu maut, 5 penumpang cedera dalam kemalangan bas di Kaki Bukit

Nov 22, 2024 | 5:24 PM
Pemandu bas, 58 tahun, meninggal dunia selepas bas yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kaki Bukit pada lewat malam 21 November.
Pemandu bas, 58 tahun, meninggal dunia selepas bas yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kaki Bukit pada lewat malam 21 November. - Foto FACEBOOK SINGAPORE ROAD ACCIDENT.COM

Seorang pemandu bas SBS Transit, 58 tahun, meninggal dunia selepas bas yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kaki Bukit pada malam 21 November. 

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kemalangan tersebut sekitar 11 malam di simpang Kaki Bukit Avenue 2 dan Kaki Bukit Road 1.

Pemandu bas itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital, tambah polis.

Lima penumpang lelaki berumur antara 26 dengan 38 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke CGH untuk rawatan. 

Polis menyatakan bas itu dipercayai terbabas dalam kejadian tersebut.

Jurucakap SBS Transit, Cik Grace Wu, memaklumkan bahawa bas tersebut sedang beroperasi di laluan perkhidmatan bas 137 apabila nahas itu berlaku. 

Beliau menyifatkan pemandu tersebut sebagai seorang yang “sangat baik dan suka membantu”, dan menambah bahawa pihak syarikat akan menyediakan sokongan serta bantuan kepada keluarga mangsa.

Pihak SBS Transit juga telah melawan lima penumpang yang cedera di hospital dan berhubung rapat dengan mereka untuk menghulurkan bantuan, tambah Cik Wu.

Gambar yang tersiar dalam talian menunjukkan bahagian depan bas tersebut melanggar sebatang pokok.

Siasatan polis sedang dijalankan. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg