Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemandu platform GoGoX terima insentif latihan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu platform GoGoX terima insentif latihan

Jan 09, 2024 | 07:36 PM



Persatuan Pekerja Penghantaran Nasional (NDCA), sebuah persatuan bersekutu Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan pengendali platform logistik GoGoX.

Ia bertujuan meningkatkan pembangunan kemahiran rakan kongsi pemandu GoGoX melalui latihan berstruktur, menggalakkan perkongsian maklumat antara GoGoX dengan NDCA.

MOU yang ditandatangani pada 9 Januari itu juga bertujuan meningkatkan perwakilan pekerja platform melalui NDCA apabila Badan Perwakilan Pekerja Platform (PWRB) baru ditubuhkan.

GoGoX telah bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Penasihat mengenai pekerja platform, dan MOU itu sejajar dengan cadangan oleh Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Perwakilan untuk Pekerja Platform pada Julai 2023.

Ia juga merupakan salah satu pengguna awal dalam kalangan pengendali platform Singapura, yang menunjukkan komitmen terhadap pengiktirafan formal pekerja platform melalui PWRB apabila perubahan perundangan dimulakan pada 2024.

Ini membolehkan PWRB menjadi suara yang sah untuk mewakili kebajikan rakan kongsi pemandu GoGoX.

Melibatkan diri dalam perbincangan terbuka dan jujur ​​dari awal, GoGoX dan NDCA bersetuju bahawa lebih banyak boleh dilakukan untuk meningkatkan keyakinan pemandu semasa berinteraksi dengan pelanggan dalam proses penghantaran.

Ini membawa kepada kerjasama dengan NTUC LearningHub untuk melakar program latihan selama sehari.

Di bawah program latihan perintis itu, pekerja platform dapat meningkatkan perkhidmatan penghantaran apabila bungkusan dipindahkan dari hab pengangkutan ke destinasi terakhirnya, dan meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan rakan kongsi pemandu semasa bekerja.

Untuk mengurangkan kehilangan pendapatan rakan kongsi pemandu apabila menghadiri latihan dan untuk memberi insentif kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran, GoGoX akan menyediakan elaun kredit pemandu sebanyak $50.

Selain itu, GoGoX dan anak syarikatnya, GoGoX Energy, akan menaja rebat bahan api sebanyak $30 melalui program kad bahan api bersama Esso Singapura.

Di samping itu, NDCA akan menaja kos keahlian persatuan selama sebulan dan menyediakan baucar FairPrice bernilai $20 kepada rakan kongsi pemandu yang menghadiri program latihan.

Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di NTUC LearningHub pada 9 Januari.

MOU itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan GoGoX Singapura, Encik Patrick Wong, dan Setiausaha Eksekutif NDCA, Cik Jean See.

Majlis itu turut disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Cik Cham Hui Fong; Presiden NDCA, Encik Goh Yong Wei; dan Ketua Pegawai Operasi GoGoX, Encik Eugene Lee.

Cik Cham Hui Fong berkata: “NTUC dan persatuannya akan terus bertindak bagi pihak pekerja kami dengan mengukuhkan kerjasama tiga pihak dengan operator platform dan agensi pemerintah untuk memastikan keperluan dan kebimbangan pekerja, terutama melindungi pekerja daripada kecederaan kerja, meningkatkan kecukupan kewangan, dan mewakili mereka, disampaikan dan ditangani dengan berkesan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >