Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu Tower Transit digantung kerja dek nahas di perhentian bas

Dec 9, 2024 | 3:31 PM
Kemalangan itu berlaku pada 8 Disember, apabila perkhidmatan bas 980 yang dipandu pemandu berusia 57 tahun itu bertembung dengan bas perkhidmatan 166 yang dikendalikan oleh SBS Transit di perhentian bas di Upper Thomson Road. Sembilan penumpang cedera dalam kemalangan itu.
Kemalangan itu berlaku pada 8 Disember, apabila perkhidmatan bas 980 yang dipandu pemandu berusia 57 tahun itu bertembung dengan bas perkhidmatan 166 yang dikendalikan oleh SBS Transit di perhentian bas di Upper Thomson Road. Sembilan penumpang cedera dalam kemalangan itu. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK BINGCALLAOLOH

Seorang pemandu bas digantung kerja berikutan satu nahas melibatkan dua bas awam dan sembilan orang dibawa ke hospital.

Kemalangan itu berlaku pada 8 Disember, apabila perkhidmatan bas 980 yang dipandu pemandu berusia 57 tahun itu bertembung dengan bas perkhidmatan 166 yang dikendalikan oleh SBS Transit di perhentian bas di Upper Thomson Road.

Pada 9 Disember, Tower Transit Singapore (TTS), yang mengendalikan perkhidmatan 980, berkata pemandu lelaki itu telah digantung kerja sementara menunggu siasatan.

Eksekutif kanan perhubungan Tower Transit, Cik Vera Lim, menambah bahawa bas tersebut turut merempuh pengadang di perhentian bas tersebut.

Dua penumpang bas 980 itu antara yang dibawa ke hospital. Seramai 20 orang berada di dalam bas itu semasa kejadian.

Cik Lim berkata: “Kami sedang menghubungi penumpang kami yang cedera dan keluarga mereka untuk memberikan bantuan.

“Kami juga bekerjasama dengan SBS Transit untuk membantu penumpang mereka yang cedera.”

Baki 18 penumpang dalam bas Tower Transit dapat meneruskan perjalanan mereka menggunakan bas lain, tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg