Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembaharuan Somerset: 250,000 belia terlibat aktiviti “mudakan” kawasan

Aug 1, 2025 | 3:00 PM
Mulai 26 Julai hingga 24 Ogos di Scape, para pengunjung boleh ikuti jerayawara The Somerset Reset untuk mempelajari idea dan cadangan para belia untuk meningkatkan ruang Somerset Belt. 
Mulai 26 Julai hingga 24 Ogos di Scape, para pengunjung boleh ikuti jerayawara The Somerset Reset untuk mempelajari idea dan cadangan para belia untuk meningkatkan ruang Somerset Belt.  - Foto KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA (MCCY)

Cik Radianawati Mustaffa, 29 tahun, seorang pemimpin belia, menganggap dirinya seorang yang introvert.

Namun, penglibatan beliau secara sukarela dalam projek Somerset Reset, sebuah kempen pembaharuan daerah Somerset belt di Orchard Road yang dilancarkan pada Februari 2025, menyemarakkan keyakinan dirinya untuk menyuarakan kebimbangan dan keperluan para belia Singapura.

Dalam sesi temu bual menerusi telefon bersama Berita Harian (BH), beliau mengimbas kembali pengalamannya di bengkel Somerset Reset yang pertama: “Mulanya, saya pemalu dan jarang mengunjungi Somerset, tetapi pengalaman di bengkel itu membuat saya rasa dihargai dan mahu menyumbang idea.

“Saya perhatikan bagaimana sumbangan kecil, seperti maklum balas dan idea, boleh hasilkan pembaharuan yang berkesan.”

Semangat ini mendorong Cik Radianawati kembali untuk dua lagi bengkel yang berfokus kepada penciptaan logo untuk kempen Somerset Reset dan memperhalusi rancangan pembaharuan kawasan Youth Park serta taman papan luncur (skate park) Somerset.

Sejak Februari 2025, kempen Somerset Reset yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Scape, telah melibatkan seramai 250,000 belia dengan memberi peluang untuk bersama-sama mencipta kawasan inklusif yang mencerminkan pelbagai minat dan budaya para belia.

Idea dan cadangan yang dikumpul sejak Februari 2025 dipertimbangkan oleh arkitek, pihak perancang, kementerian dan ahli Scape dalam menentukan rancangan pembaharuan Somerset Belt, yang merangkumi beberapa ruang riadah digemari belia seperti Youth Park, taman papan lungsur Somerset, Somerset Slopes dan Incubation Nexus.

Melalui kempen ini, kesemua ruang di Somerset Belt akan diperbaharui dengan ruang untuk aktiviti kemasyarakatan dan persembahan serta pelbagai kemudahan untuk menyokong anak-anak muda meluahkan kreativiti, menjalankan gaya hidup aktif dan kegiatan keusahawanan.

Cik Radianawati antara 30 pemimpin belia yang dapat bekerjasama lebih rapat dengan arkitek dan para pemaju untuk memperhalusi konsep penambahbaikan ruang Somerset Belt melalui tiga bengkel.

Beliau mengimbas kembali sesi pertukaran pendapat untuk meningkatkan kemudahan di Youth Park, yang biasanya menganjurkan persembahan muzik dan laluan seni (street art) sejak tahun 1996.

Cik Radianawati dan sekumpulan rakan mencadangkan penambahan tempat duduk, tempat pengecas alat elektronik, dan mesin layan diri pada bas warna merah ikonik di situ.

Beliau juga berkongsi bagaimana sifat ketilitian yang diperlukan sebagai pengawal kualiti di industri pembuatan dimanfaatkan dalam proses ini.

“Saya gunakan ketilitian saya untuk bantu menjayakan aspek praktikal dan mencerminkan pelbagai identiti para belia

“Saya mengetengahkan bagaimana kemudahan, seperti teduhan dan lebih banyak ruang terbuka boleh menjadikan kawasan Somerset lebih berfungsi dan inklusif kepada keperluan anak-anak muda,” kongsi Cik Radianawati.

Cadangan lain untuk Youth Park termasuk pembinaan pentas baru dan lebih banyak ruang hijau untuk senaman dan aktiviti komuniti.

Youth Park di Somerset Belt telah menjadi pusat persembahan muzik dan seni jalanan sejak 1996. Cadangan penambahbaikan termasuk pembinaan pentas, jambatan yang menghubungkan Scape, dan penyediaan lebih banyak ruang komunal untuk kolaborasi belia.
Youth Park di Somerset Belt telah menjadi pusat persembahan muzik dan seni jalanan sejak 1996. Cadangan penambahbaikan termasuk pembinaan pentas, jambatan yang menghubungkan Scape, dan penyediaan lebih banyak ruang komunal untuk kolaborasi belia. - Foto KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA (MCCY)

Taman papan lungsur Somerset juga bakal menerima tempat teduh dan trek baru sesuai untuk pelbagai tahap bakat dan basikal jenis BMX. Cadangan lain yang dikumpul termasuk lebih kemudahan seperti tempat mandi, laci dan mesin jaja disediakan.

Antara cadangan untuk memperbaiki taman papan lungsur di Somerset Belt adalah menambah teduh dan kemudahan seperti tempat mandi, laci simpan barang dan mesin jaja. Terdapat juga cadangan untuk menambah trek khas untuk basikal jenis BMX.
Antara cadangan untuk memperbaiki taman papan lungsur di Somerset Belt adalah menambah teduh dan kemudahan seperti tempat mandi, laci simpan barang dan mesin jaja. Terdapat juga cadangan untuk menambah trek khas untuk basikal jenis BMX. - Foto KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA (MCCY)

Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik David Neo, berkata menerusi sebuah kenyataan media: “Anak muda kita memiliki peranan besar dalam membina masa depan singapura. Kempen Somerset Reset nyatakan inisiatif anak muda kita untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk melakarkan masadepan mereka.

“Somerset Belt akan mencerminkan aspirasi, kreativiti, tenaga dan matlamat anak muda kita. Saya bangga anak kita bersatu untuk mencipta sesuatu yang bermakna bagi generasi mereka dan untuk Singapura.”

Dari 26 Julai hingga 24 Ogos di Scape, para pengunjung boleh ke pameran The Somerset Reset terletak di Scape Commune untuk melihat cadangan yang dikumpul setakat ini serta memberi maklum balas untuk menyokong usaha menentukan rancangan memperbaiki daerah Somerset Belt.

Mulai 26 Julai hingga 24 Ogos di Scape, para pengunjung boleh ikuti jerayawara The Somerset Reset untuk mempelajari idea dan cadangan para belia untuk meningkatkan ruang Somerset Belt. Para pengunjung ke jerayawaya turut digalakkan memberi maklum balas masing-masing untuk menyokong usaha menentukan rancangan memperbaiki daerah Somerset Belt. Sempena itu, jerayawara (‘roadshow’) akan diadakan di beberapa institusi pengajaran untuk melibatkan lebih ramai para belia.
Mulai 26 Julai hingga 24 Ogos di Scape, para pengunjung boleh ikuti jerayawara The Somerset Reset untuk mempelajari idea dan cadangan para belia untuk meningkatkan ruang Somerset Belt. Para pengunjung ke jerayawaya turut digalakkan memberi maklum balas masing-masing untuk menyokong usaha menentukan rancangan memperbaiki daerah Somerset Belt. Sempena itu, jerayawara (‘roadshow’) akan diadakan di beberapa institusi pengajaran untuk melibatkan lebih ramai para belia. - Foto KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA (MCCY)
Mulai 26 Julai hingga 24 Ogos di Scape, para pengunjung boleh ikuti jerayawara The Somerset Reset untuk mempelajari idea dan cadangan para belia untuk meningkatkan ruang Somerset Belt. 
Mulai 26 Julai hingga 24 Ogos di Scape, para pengunjung boleh ikuti jerayawara The Somerset Reset untuk mempelajari idea dan cadangan para belia untuk meningkatkan ruang Somerset Belt.  - Foto KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA (MCCY)
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg