Pembangunan stesen baru JRL mula, jangka siap pertengahan 2030-an

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembangunan stesen baru JRL mula, jangka siap pertengahan 2030-an

Stesen JS2A terletak antara Tengah dengan Choa Chu Kang
Mar 4, 2026 | 8:43 PM

Pembangunan stesen baru JRL mula, jangka siap pertengahan 2030-an

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
JRL
Pembinaan stesen JE4 sebagai sebahagian daripada Laluan Daerah Jurong (JRL) di sepanjang jalan Toh Guan di Jurong East pada 16 Januari 2025 lalu. - Foto fail ST

Pembangunan stesen MRT baru di Laluan Daerah Jurong (JRL), JS2A, yang terletak antara Tengah dengan Choa Chu Kang, telah bermula dan dijangka siap pada pertengahan 2030-an.

Ini menjadikan jumlah stesen JRL sebanyak 25.

Terletak antara stesen JS2 dengan JS3, stesen baharu itu dijangka akan memenuhi permintaan penumpang masa hadapan di kawasan Tengah.

Kerja-kerja pembinaan awam bagi struktur stesen JS2A yang baharu sedang dijalankan, dan stesen tersebut disasarkan untuk dibuka pada pertengahan 2030-an, selaras dengan penyiapan pembangunan masa depan sekitar stesen tersebut.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, dalam ucapannya semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata JS2A akan memenuhi keperluan penduduk di daerah Forest Hill di Tengah.

Dalam pada itu, Encik Siow turut memberitahu Dewan bahawa kajian kejuruteraan bagi Peluasan Pantai Barat (WCE) bagi JRL akan dimulakan lewat 2026.

Fasa pertama peluasan tersebut akan menyambungkan JRL dengan Laluan Rentas Pulau (CRL).

Encik Siow juga memberi jaminan kepada penduduk Tengah bahawa kerja-kerja pembangunan JRL akan diselesaikan secepat mungkin. Ini setelah kelewatan pembinaan dek pandemik Covid-19 menyebabkan pembukaan laluan tersebut terpaksa ditangguh.

“JRL dijangka dibuka pada hujung 2027. Ramai penduduk terutama mereka di Tengah mengalu-alukannya kerana ia akan mengubah pilihan pengangkutan mereka.

“Malangnya, disebabkan kelewatan pembinaan dan ujian, pembukaan JRL akan ditangguhkan lagi enam bulan sehingga pertengahan 2028.

“Saya akur penduduk yang sudah pun berpindah ke Tengah pastinya akan kecewa tetapi kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kerja-kerja secepat mungkin,” kata Encik Siow.

Beliau menambah bahawa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan memperkenal dua perkhidmatan bas ulang-alik sementara, dari stesen JRL terpilih ke destinasi utama di daerah itu, sehingga JRL dibuka.

Selain JRL, LTA mengumumkan bahawa ia akan menyiapkan peringkat akhir kerja-kerja dan membuka Laluan Circle Tahap 6 (CCL6), sambungan Laluan Downtown 3 (DTL3e), dan Laluan Thomson-East Coast Tahap 5 (TEL5) pada 2026.

Di bawah CCL6, tiga stesen baru antara stesen HarbourFront dengan Marina Bay akan menyempurnakan CCL.

Kemajuan yang baik telah dicapai bagi kerja-kerja pengukuhan terowong yang sedang dijalankan di CCL. Kerja-kerja tersebut perlu disiapkan sebelum kerja-kerja ujian dan persediaan bagi CCL6 dapat dilakukan.

CCL6 dijangka akan dibuka pada pertengahan 2026.

Lagi tiga stesen baru di bawah TEL5 dan DTL3e juga berada pada landasan yang baik untuk dibuka pada separuh kedua 2026.

Kesemua stesen baru di CCL6, DTL3e dan TEL5 akan membolehkan Singapura mencapai sasarannya untuk mempunyai lapan daripada 10 isi rumah dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari stesen kereta api menjelang tahun 2030-an.

Namun Encik Siow menekankan bahawa dalam membina laluan MRT baru, sama penting untuk memastikan laluan MRT sedia ada diselenggara dengan baik.

“Bahagian tertua rangkaian MRT kami – laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat – kini berusia hampir 40 tahun,” katanya.

“Kami telah menggantikan kereta api kami secara progresif. Adalah sesuai juga untuk memberikan nafas baru kepada beberapa stesen MRT kami yang lama.

“Contohnya, kami mengumumkan tahun lalu bahawa kami akan memberi nafas baru kepada stesen MRT Yishun, dengan pintu masuk baru, lif tambahan dan ruang legar yang lebih besar.

“LTA kini sedang mengkaji stesen lain untuk diberi nafas baru, termasuk Admiralty, Khatib dan Sembawang,” kata Encik Siow.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg