Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pembantu Islam migran pertingkat kemahiran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu Islam migran pertingkat kemahiran

Berhasrat jadi guru Al-Quran bertauliah
Feb 25, 2024 | 05:30 AM



Cita-cita Cik Eni Nurhayati sejak kecil mahu menjadi guru.

Namun,disebabkan kesempitan hidup, beliau terpaksa berubah arah dan melupakan impian tersebut.

Walau pada usia 51 tahun, semangatnya masih utuh. Cik Eni, warga Indonesia, kini gigih mempelajari Al-Quran di Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) di Changi Road, dan berhasrat menjadi guru Al-Quran pula.

Pembantu rumah migran asal Surabaya itu sudah bekerja di negara ini lebih sedekad. Beliau amat bersyukur kerana diberi peluang sejak September 2023 mempelajari bacaan dan tafsiran kitab suci ini, kendalian Pergeraq secara percuma.

Cik Eni adalah antara pekerja migran yang menghadiri kelas Kempen Celik Al-Quran (KCQ) anjuran Pergeraq, dua kali sebulan, pada hari pelepasan kerja mereka, dengan setiap sesi berlangsung selama dua jam.

Cik Eni berkata mendalami ilmu agama dan mengetahui bacaan Al-Quran dengan tertib merupakan tanggungjawab setiap Muslim. Baginya, kelas KCQ ini bak pemberian yang amat berharga bagi pembantu rumah migran sepertinya kerana bukan hanya diajar tanpa bayaran, malah tenaga pengajar, Ustazah Kemala Pagista, juga cukup berdedikasi, prihatin dan amat memahami keperluan pelajarnya.

“Memang sejak dahulu lagi, cita-cita saya dan keluarga inginkan saya menjadi guru. Tetapi kerana suratan hidup, keinginan itu tidak tertunai, sebaliknya saya menjadi pembantu rumah di sini.

“Namun, saya tetap bersyukur atas peluang mengaji, memperhalusi bacaan Al-Quran, memahami tafsiran serta bertadarus di Pergeraq. Semuanya ini dapat saya lakukan tanpa bayaran.

“Majikan saya juga, walaupun bukan beragama Islam, tidak pernah menghalang atau melarang saya mendalami ilmu agama. Bagi saya, mendalami ilmu ukhrawi tiada titik noktah. Saya juga berharap semoga satu hari nanti saya juga boleh menjadi guru Al-Quran dan membantu rakan-rakan Islam lain dan membanteras buta huruf dalam mendalami ilmu Al-Quran ini,” jelas nenek dua cucu ini.

Menurut Setiausaha Eksekutif Pergeraq, Encik Mohammad Hanafiah Tumin, 65 tahun, setiap tahun persatuannya perlu membelanjakan sehingga $120,000 untuk membiayai kelas-kelas seperti KCQ yang diadakan secara percuma. Perbelanjaan ini juga termasuk bayaran bagi tenaga pengajar, kos sewa, yuran Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) dan pembayaran lain.

“Lazimnya, kami memberi bimbingan kepada 300 pelajar matang dan muda daripada golongan masyarakat yang memerlukan.

“Selain itu, bermula tahun lalu, pembelajaran Al-Quran ini juga terbuka kepada 50 pembantu rumah migran yang berminat mempelajari bacaan dan tafsir Al-Quran ini,” jelasnya.

HULUR BANTUAN


Anda boleh menghulurkan bantuan kepada Pergeraq melalui:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0. WhatsApp untuk resit @ 9030-7057. Tulis nama anda/zakat atau derma.

2. PayNow kepada UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’ tulis nama anda/zakat atau derma.

3. Untuk maklumat lanjut, lungsuri laman pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

4. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >