Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembantu klinik dipenjara 14 bulan ganti kod QR kepada akaun peribadi

Apr 14, 2025 | 5:35 PM
Seorang pembantu klinik telah dihukum penjara setelah menipu seramai 400 pesakit daripada April hingga Jun 2023.
Seorang pembantu klinik telah dihukum penjara setelah menipu seramai 400 pesakit daripada April hingga Jun 2023. - Foto fail

Seorang pembantu klinik yang menukar kod QR bayaran pesakit di kaunter sebuah klinik telah dijatuhi hukuman penjara 14 bulan. 

Dia menukar kod QR itu supaya wang yang dibayar melalui kod tersebut disalurkan kepada akaunnya dan bukan kepada doktor. 

Amira Nur Hudah Mohamed, 28 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan keseluruhan menipu pada April 14. 

Dia telah menipu seramai 509 mangsa melibatkan bayaran lebih $55,000. 

Timbalan Pendakwa Raya Encik Gabriel Lee berkata Amira telah menggunakan duit tersebut untuk berjudi di laman judi tidak sah. 

Pada Januari 2023, Amira telah menukar nama PayNownya ke nama doktor di klinik tersebut, untuk meyakinkan pesakit bahawa bayaran mereka telah diberi kepada klinik. 

Antara Januari dengan Mac 2023, dia telah memberi 100 pesakit nombor PayNow peribadinya apabila mereka ingin membayar bil mereka. 

Pada April tahun itu, dia menukar kod QR bayaran akaun bank doktor, yang dipaparkan di kaunter klinik, dengan kod QR akaun bank peribadinya. 

Dia melakukannya pada mula giliran kerja, dan menggantikan kod QR  kepada yang asal sebelum tamat kerja.

Ini supaya pesakit tidak akan memberi bayaran kepada akaun banknya apabila dia tidak bekerja di klinik, kata DPP Lee. 

Amira telah menipu lebih 400 pesakit melalui skim ini, daripada April hingga Jun 2023. 

Perbuatannya terbongkar apabila seorang pesakit mengirim tangkapan skrin kepada doktor. Doktor tersebut pula perasan bahawa bayaran itu telah dikirim kepada akaun bank bukan miliknya. 

Kemudian, doktor tersebut melihat rakaman CCTV, dan membuat laporan polis. 

Memohon hukuman penjara 14 hingga 16 bulan, DPP Lee berkata terdapat prasyarat yang ketara dalam tindakan Amira. 

“Tertuduh, melalui perbuatan menggantikan kod QR pembayaran yang diletakkan di kaunter klinik di mana dia bekerja, telah terlibat dalam perlakuan jenayah yang akan menjejas keyakinan orang ramai terhadap penggunaan teknologi dalam menyelesaikan urus niaga kewangan,” kata DPP Lee.

Mereka yang disabitkan kesalahan menipu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan saman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg