Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pembelian haiwan di wadah e-dagang kian meningkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembelian haiwan di wadah e-dagang kian meningkat

Feb 25, 2024 | 07:37 PM



Jumlah pembeli yang membeli haiwan dalam jumlah kecil melalui wadah e-dagang telah meningkat saban tahun berikutan penggunaan e-dagang yang meluas dalam kalangan individu, kata Pengarah Perdagangan Hidupan Liar, Lembaga Taman Negara (NParks), Cik Xie Renhui.

Beliau menjelaskan disebabkan pendedahan Singapura di peringkat sejagat, pembeli di sini boleh membeli barangan dari platform asing tanpa had dan dengan lebih mudah.

Cik Renhui berkongsi demikian kepada Berita Harian (BH) selepas sesi bengkel ‘Perdagangan Haram Hidupan Liar’ pada 25 Februari di Pusat Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan (APHC) di Perahu Road, Lim Chu Kang.


Dihadiri lebih 30 peserta belia, bengkel itu merupakan salah satu daripada 10 bengkel yang diadakan sempena ‘Simposium Belia Serantau bagi Hari Hidupan Liar Sedunia 2024’ – diterajui oleh sayap belia NParks Youth Stewards for Nature – pada 24 dan 25 Februari.


Menurut panduan program bagi simposium tersebut, bengkel itu bertujuan mendedahkan peserta kepada penggunaan forensik dalam membasmi jenayah perdagangan haram hidupan liar dan usaha rehabilitasi hidupan liar yang biasanya terkait dengan perdagangan haram.

Ia diadakan di APHC memandangkan pusat itu menyediakan khidmat ujian dan perunding mengenai haiwan dan tumbuhan kepada awam.

Di samping mempunyai makmal khas dan rumah ujian tumbuhan yang dapat membantu pakar kesihatan tumbuhan APHC memantau penyakit dan serangga perosak.

Cik Renhui menjelaskan: “Apa yang kami lihat adalah disebabkan penggunaan meluas e-dagang, kami kini lihat situasi... di mana haiwan liar diletakkan dalam bungkusan dan dihantar dari negara kiriman asal.”

Beliau tidak mendedahkan perangkaan atau jenis haiwan yang biasanya menjadi mangsa kepada amalan sedemikian.

Namun, beliau berkata apabila haiwan sedemikian tiba di Singapura, “keadaan haiwan tidaklah begitu baik”.

“Itulah sebabnya kami harus kekalkan usaha berterusan untuk memperkukuh langkah-langkah di sempadan... untuk menyokong kerja yang kami lakukan di lapangan secara rutin.”

Selain itu, Cik Renhui turut menyatakan bahawa terdapat peningkatan dalam kalangan golongan muda yang membeli dan menyimpan binatang eksotik sebagai haiwan peliharaan – sebagai contoh haiwan seperti sugar glider.


Beliau berkata: “Tarikan terhadap binatang eksotik sudah wujud sejak sekian lama tetapi apa yang kami perhatikan adanya trend yang menjerumus ke arah golongan muda.

“Lagipun oleh kerana kita berada di era media sosial, kita tidak hanya terhad pada video (atau kandungan) dari Singapura saja. Kita dapat pengaruh (melalui video atau kandungan) dari negara lain juga.

“Misalnya bagi sugar glider, negara lain mungkin membenarkannya (sebagai haiwan peliharaan) tetapi di Singapura, ia tidak dibenarkan untuk disimpan sebagai haiwan peliharaan.”


Oleh demikian, pihaknya akan mempergiatkan usaha pendidikan awam agar orang ramai sedar akan pendirian Singapura terhadap pemeliharaan haiwan eksotik.

Bengkel itu menyaksikan peserta melibatkan diri dalam beberapa kegiatan role-play – misalnya memainkan peranan sebagai pegawai penguatkuasa dalam operasi membongkar penghantaran hidupan liar secara haram.


Lebih 300 belia dari Singapura, Asia Tenggara dan negara lain menyertai simposium kali ini dengan tema ‘Hubungan Manusia dan Planet: Penerokaan Inovasi Digital dalam Pemeliharaan Hidupan Liar’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >