Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembinaan bangunan baru MOE di North Buona Vista mula 2025

Oct 22, 2024 | 5:45 PM
Pusat Pendidikan Goh Keng Swee setinggi 30 tingkat akan dapat menampung kira-kira 2,000 kakitangan dengan keluasan lantai 65,000 meter persegi.
Pusat Pendidikan Goh Keng Swee setinggi 30 tingkat akan dapat menampung kira-kira 2,000 kakitangan dengan keluasan lantai 65,000 meter persegi. - Foto MOE

Pembinaan Pusat Pendidikan Goh Keng Swee akan datang bakal dimulakan pada 2025, kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada 22 Oktober.

Dijadual siap pada 2029, bangunan baru yang terletak di North Buona Vista Drive itu akan menempatkan kakitangan dari ibu pejabat MOE dari pelbagai tapak – Balestier, Grange Road dan Ghim Moh – serta Pusat Kluster Sekolah, Pusat Bahasa Cina Singapura dan Akademi Guru Singapura.

Bangunan setinggi 30 tingkat itu akan menduduki kawasan tapak seluas kira-kira 5,000 meter persegi dan boleh memuatkan kira-kira 2,000 kakitangan.

Rancangan untuk bangunan baru itu pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Encik Lee Hsien Loong, pada Rapat Hari Kebangsaan 2010. MOE menerima kelulusan pembangunan untuk projek itu daripada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada suku akhir 2023, lapor The Straits Times pada Januari 2024. 

Akademi kepakaran seperti Institut Bahasa Inggeris Singapura, Pusat Bahasa Cina Singapura di Ghim Moh dan Akademi Seni Perguruan Singapura yang kini ditempatkan dalam Akademi Guru Singapura juga akan berpindah ke tapak baru itu.

Ia juga akan menempatkan Pusat Warisan MOE. Pusat itu kini terletak di ibu pejabat MOE di Balestier, dan ia mempamerkan sejarah sistem pendidikan Singapura, warisan Dr Goh Keng Swee, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, serta sumbangannya kepada pendidikan.

Direka bentuk sebagai sebuah bangunan bertenaga rendah, ia akan mempunyai ciri mampan seperti panel solar dan sistem penyejukan bersepadu yang mesra alam.

Dalam satu kenyataan, MOE berkata langkah ini akan membolehkan kakitangan dari pelbagai tapak ibu pejabatnya bergabung di satu lokasi bersama dengan Bangunan MOE bersebelahan.

MOE berkata ia akan mengambil langkah untuk meminimumkan gangguan pada kawasan sekitar dan perniagaan di North Buona Vista Drive semasa tempoh pembinaan, termasuk pengurusan lalu lintas dan kawalan bunyi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg