Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pemerintah institusi paling dipercayai di S’pura: Tinjauan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah institusi paling dipercayai di S’pura: Tinjauan

Mar 12, 2024 | 06:39 PM



Kepercayaan terhadap pemerintah telah meningkat sedikit di Singapura, dan ia kekal sebagai institusi paling dipercayai di sini, menurut satu tinjauan tahunan.

Laporan Barometer Kepercayaan Edelman 2024 yang dikeluarkan pada 12 Mac oleh firma komunikasi sejagat Edelman menunjukkan terdapat peningkatan dalam kepercayaan di Singapura sebanyak 1 mata peratusan daripada 2023.

Ini dilihat dalam setiap empat institusi berikut – pemerintah (77 peratus), pertubuhan bukan pemerintah atau NGO (66 peratus), perniagaan (63 peratus) dan media (60 peratus).

Sebaliknya, purata sejagat menunjukkan bahawa perniagaan merupakan satu-satunya institusi yang dipercayai (63 peratus).

Di seluruh dunia, responden bersikap neutral mengenai NGO (59 peratus), pemerintah (51 peratus) dan media (50 peratus).

Jawaban kurang daripada 50 peratus menunjukkan ketidakpercayaan, manakala 60 peratus dan ke atas menunjukkan kepercayaan.

Walaupun tahap kepercayaan meningkat di Singapura, 93 peratus responden yang memiliki pekerjaan di negara ini bimbang tentang kehilangan pekerjaan – ini adalah satu kenaikan sebanyak 3 mata peratusan.

Terdapat juga peningkatan 7 mata peratusan dalam penduduk umum Singapura (80 peratus) yang bimbang tentang penggodam, dan lonjakan 5 mata peratusan daripada mereka yang bimbang tentang perubahan iklim (75 peratus).

Edisi terkini tinjauan itu, yang dimulakan pada 2000, memberi tumpuan kepada kepercayaan masyarakat terhadap inovasi di tengah-tengah transformasi yang pesat.

Inovasi telah menjadi satu faktor risiko baru untuk kepercayaan.

Di Singapura, 28 peratus responden menyatakan bahawa inovasi diuruskan dengan kurang baik, 4 mata peratusan lebih banyak berbanding mereka yang menyatakan bahawa inovasi diurus dengan baik.

Sentimen kumpulan yang percaya inovasi diuruskan dengan kurang baik dikongsi merentasi tahap pendapatan, jantina dan kumpulan usia yang berbeza.

Mereka yang percaya inovasi diurus dengan kurang baik lebih berkemungkinan rasa terasing dan ketinggalan di belakang.

Lebih ramai responden di hampir semua negara menyatakan inovasi diurus dengan kurang baik dan bukannya diurus dengan baik.

Di peringkat sejagat, 73 peratus responden percaya bahawa teknologi berubah terlalu cepat.

Menurut laporan itu, pemerintah mempunyai peluang terbaik untuk mengubah trend ini kerana ia merupakan institusi yang paling dipercayai (76 peratus) untuk memperkenalkan inovasi kepada masyarakat dengan memastikan ia selamat, difahami orang ramai, bermanfaat dan boleh diakses.

Ia diikuti dengan perniagaan dan NGO (masing-masing 62 peratus), dan media (56 peratus).

Untuk mempunyai kepercayaan dalam inovasi, responden di Singapura mengharapkan pemerintah, perniagaan, NGO dan media agar melindungi nilai teras dan bersikap telus tentang manfaat dan risiko teknologi baru.

Sepanjang dekad yang lalu, tinjauan itu telah menyaksikan peningkatan 13 mata peratusan dalam responden Singapura – daripada 61 peratus kepada 74 peratus - yang menyatakan bahawa langkah perniagaan bekerjasama dengan pemerintah untuk membangun dan melaksanakan inovasi diterajui teknologi akan meningkatkan kepercayaan mereka terhadap perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edelman Singapore, Cik Julia Wei, berkata kepercayaan yang tinggi dan konsisten merentas keempat-empat institusi pemerintah, perniagaan, NGO dan media memberi petanda baik bagi Singapura.

Ia juga merupakan peringatan bahawa sektor swasta dan awam yang bekerjasama akan memberikan kesan yang paling besar, tambahnya.

“Barometer Kepercayaan tahun ini (2024) juga mendedahkan bahawa orang lebih cenderung untuk menerima inovasi jika mereka mempunyai kawalan ke atas bagaimana inovasi ini mempengaruhi kehidupan mereka dan mempunyai keyakinan bahawa setiap inovasi akan membawa kepada masa depan yang lebih baik.

“Bagi pemimpin yang memacu inovasi ini, menjelaskan impak ini dengan cara yang jelas dan ringkas akan membantu dalam memastikan pelancaran dan penggunaan teknologi baru yang berkesan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >