Pemerintah S’pura akan peroleh tapak 38 Oxley Road selepas diwarta

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemerintah S’pura akan peroleh tapak 38 Oxley Road selepas diwarta

Jan 29, 2026 | 6:27 PM

Pemerintah S’pura akan peroleh tapak 38 Oxley Road selepas diwarta

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
oxley road, lee kuan yew, monumen negara
Tapak 38 Oxley Road menempatkan sebuah banglo lapan bilik tidur yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua dan menjadi kediaman Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew, dari 1940-an sehingga beliau meninggal dunia pada 2015. - Foto fail

Tapak lama kediaman Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew, di 38 Oxley Road, telah diwartakan untuk pemerolehan pada 29 Januari.

Langkah ini dilakukan bagi melindungi dan memelihara tapak tersebut sejajar dengan nilai sejarah dan kepentingannya buat negara, menurut kenyataan bersama Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Lembaga Warisan Negara (NHB).

“Pemeliharaan dan pemerolehan tapak ini bermakna ia tidak boleh dibangunkan semula untuk kegunaan kediaman, komersial atau kegunaan privet lain.

“Selepas pemerolehan, pihak berkuasa yang berkaitan akan menilai keadaan bangunan dan struktur di tapak tersebut, serta menjalankan kajian terperinci untuk mempertimbangkan langkah seterusnya,” jelas SLA dan NHB dalam kenyataan itu.

Tiada keputusan mengenai masa depan tapak itu akan dibuat sehingga semua pilihan dipertimbangkan, termasuk yang dikemukakan oleh jawatankuasa menteri pada 2018, tambah kenyataan itu.

Tapak tersebut menempatkan sebuah banglo yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua dengan lapan bilik tidur.

Ia menjadi kediaman Encik Lee dari 1940-an sehingga beliau meninggal dunia pada 2015.

Perintah pemeliharaan bagi tapak itu berkuat kuasa pada 13 Disember dan tapak tersebut telah diwartakan sebagai Monumen Negara.

Ruang makan di lantai besmen banglo itu dianggap ruang paling bersejarah dalam kediaman tersebut.

Di situlah pemimpin generasi pertama Singapura termasuk mendiang Lee, membincangkan idea mereka bagi masa depan Singapura pada 1950-an.

Pemerintah komited untuk menghormati hasrat mendiang Lee agar melindungi privasi keluarganya dengan menghapuskan semua unsur ruang kediaman peribadi daripada bahagian dalaman banglo itu, menurut kenyataan tersebut.

“Dalam apa jua keadaan sekalipun, bahagian dalaman rumah seperti yang diketahui mendiang Lee tidak akan dipamerkan, dirakam, diubah suai atau ditiru di tempat lain,” tambah kenyataan itu.

SLA dan NHB akan bekerjasama dengan pemilik tapak tersebut sepanjang proses pemerolehan.

Pampasan bagi tapak itu akan ditentukan mengikut Akta Pengambilan Semula Tanah 1966.

Ia akan mengambil kira nilai pasaran tapak pada tarikh ia diwartakan untuk pemerolehan, serta tuntutan yang dikemukakan oleh pihak berkepentingan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg