Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Pemerintah teliti cadangan pakar lindung alam semula jadi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah teliti cadangan pakar lindung alam semula jadi

Apr 28, 2024 | 04:01 PM



Pemerintah akan mengkaji saranan-saranan yang diberikan secara teliti oleh hampir 40 pakar pemuliharaan dan saintis setempat untuk melindungi alam semula jadi di sini, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee. 

Saranan itu termasuk mengkaji perlindungan hutan Mandai dan Tagore sebagai taman alam semula jadi, membaiki proses pemprofilan ekologi seluruh pulau untuk memetakan bagaimana habitat Singapura yang berasaskan tanah dihubungkan antara satu sama lain, dan memastikan bahawa penilaian kesan pada alam sekitar diberi mandat oleh undang-undang. 

Encik Lee, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, berkata demikian pada 28 April di majlis pelancaran Pelan Pemuliharaan Terestrial Singapura, sebuah buku yang memetakan keadaan biodiversiti di sini dan menyatukan aspirasi masyarakat alam semula jadi, yang berlangsung di Perpustakaan Awam Central.

Beliau berkata: “Semangat dan sokongan masyarakat kekal sebagai asas pemuliharaan alam semula jadi di Singapura.” 

Encik Lee telah menggariskan kerjasama sebelum ini antara pemerintah dengan para penyokong alam semula jadi, seperti pewartaan Sungei Buloh sebagai rizab alam semula jadi pada 2002. 

Buku setebal 171 muka surat itu, yang diterajui Pengasas Bersama Herpetological Society of Singapore, Encik Sankar Ananthanarayanan dan pakar primatologi Cik Andie Ang, mengambil masa sekitar tiga tahun untuk disusun. 

Ia berdasarkan perbincangan dengan para penyokong alam semula jadi termasuk ahli akademik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).   

Encik Sankar berkata: “Salah satu keutamaan (di Singapura) sekarang ini adalah untuk mendapatkan semula sebanyak spesis yang jarang ditemui atau yang sudah hilang di Singapura.” 

“Ramai penulis telah memberikan galakkan untuk kita memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan semula ekosistem yang berfungsi, bukan sahaja spesis tetapi juga proses yang berlaku di dalam ekosistem,” tambah Encik Sankar. 

Menyedari keperluan bersaing untuk mendapatkan tapak di Singapura yang sukar didapati, beliau dan Dr Ang berkata bahawa perlu adanya pemahaman yang lebih mendalam tentang semua biodiversiti dan ruang untuk mengetahui cara terbaik untuk melindungi mereka. 

Ini termasuk tanah hutan yang dikawal oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) seperti hutan Mandai dan Tagore, serta hutan Kawasan Tadahan Air Barat. 

Encik Sankar berkata: “Saya rasa apa yang penting untuk diketahui adalah terdapat nilai biodiversiti di ruang yang tidak dilindungi atas sebab-sebab biodiversiti. 

“Hutan di Kawasan Tadahan Air Barat tidak dilindungi disebabkan nilai biodiversitinya, tetapi ia mempunyai nilai intrinsik; masalahnya ialah kita tidak memahami sepenuhnya.”   

Juga antara saranan rancangan itu ialah agar penilaian kesan pada alam sekitar termaktub dalam undang-undang, satu keprihatinan yang telah dibentangkan di Parlimen pada Mac lalu. 

Pada masa ini, tidak ada undang-undang yang menyatakan bila penilaian diperlukan untuk projek yang dicadangkan. 

Dr Ang yang mengetuai program pemuliharaan primat alam semula jadi Mandai dan Singapura berkata: “Dengan undang-undang itu, ia boleh membantu memastikan bahawa terdapat ketelitian, ketelusan dan kebertanggungjawaban yang lebih baik untuk pembangunan.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >