Menjelang hari lahir Singapura yang ke-60, pasar raya Sheng Siong akan memberikan diskaun 4 peratus kepada pemilik kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) yang berwarna biru.
Diskaun itu akan diberikan setiap Khamis, dari 1 Mac hingga 31 Disember 2025 dan terdapat had pembelian sebanyak $200 untuk diskaun tersebut
Jurucakap Sheng Siong menjelaskan bahawa semua produk layak untuk pembeli mendapatkan diskaun kecuali susu tepung bayi (Tahap 1 dan Tahap 2), tembakau, alkohol, produk dan peranti perubatan, caj bagi beg plastik, kad telefon dan baucar Sheng Siong.
Warganegara Singapura dan Penduduk Tetap berusia 60 tahun ke atas juga boleh menikmati diskaun istimewa 4 peratus setiap Selasa dan Rabu.
Pembeli hanya perlu menunjukkan kad pengenalan NRIC sebagai bukti identiti di kaunter semasa membuat pembayaran dan nikmati diskaun khas setiap Selasa dan Rabu dengan had perbelanjaan $200 bagi setiap resit setiap hari.
Para pelanggan juga boleh mengetahui tentang promosi yang sedang berjalan di pasar raya bagi mendapatkan penjimatan yang lebih besar.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg