Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pemilik rumah boleh senaraikan kediaman mereka untuk diguna jika ada krisis negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik rumah boleh senaraikan kediaman mereka untuk diguna jika ada krisis negara

Mar 08, 2024 | 07:28 PM



Pemilik rumah kini boleh memainkan peranan lebih aktif dalam menyokong masyarakat semasa krisis negara dengan menyenaraikan kediaman mereka pada portal transaksi hartanah ‘geospatial’ atau portal yang menunjukkan lokasi-lokasi hartanah tertentu.

Langkah itu diwujudkan menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kementerian Pembangunan Negara (MND) dengan Mogul.sg, portal transaksi hartanah ‘geospatial’.

Menurut kenyataan bersama MND dan Mogul.sg pada 8 Mac, perkongsian awam-swasta itu adalah yang pertama seumpamanya di Singapura.

Individu yang memerlukan kediaman kecemasan semasa krisis negara boleh mengakses portal untuk melihat hartanah yang tersedia dan terma yang disertakan.

Syarat yang ditetapkan oleh pemilik rumah yang memperincikan tempoh penginapan, kesesuaian untuk keluarga atau haiwan peliharaan, termasuk syarat-syarat lain yang berkaitan juga boleh didapati di portal tersebut.

Sebagai contoh, semasa krisis Covid-19 apabila sempadan ditutup, beberapa rakyat Singapura telah menawarkan rumah mereka kepada rakyat Malaysia di Singapura yang memerlukan tempat tinggal sementara.

Untuk memberikan pengguna pengalaman yang selamat dan lancar, Mogul.sg akan membangunkan portal krisis yang disepadukan dalam platform Mogul.sg untuk diaktifkan hanya semasa krisis negara.

Mogul.sg akan memastikan proses pengesahan kelayakan dan rangka kerja undang-undang yang kukuh disediakan bagi melindungi pengguna portal itu.

Sebagai sebahagian daripada MOU yang ditandatangani, Mogul.sg akan menyerap semua kos operasi berkaitan portal yang merangkumi penambahbaikan sistem dan pemeriksaan penyelenggaraan, untuk memastikan kesediaan portal sekiranya berlaku krisis.

Mogul.sg juga akan mempromosikan portal itu kepada rangkaian pelanggannya dan meningkatkan kesedaran tentang daya usaha yang didorong oleh masyarakat ini.


Daya usaha itu menunjukkan komitmen MND untuk bersedia bertindak apabila krisis melanda melalui pembangunan perkongsian dengan perniagaan dan masyarakat.

Melalui kerjasama seperti portal ini, MND akan mengembangkan penyelesaian perumahan kecemasan untuk menyediakan kediaman hartanah, menambah kepada penyelesaian sedia ada seperti hotel dan chalet pemerintah.


Ia turut menunjukkan dedikasi Mogul.sg untuk menangani keperluan masyarakat dan merintis usaha untuk mewujudkan penyelesaian perumahan kecemasan yang dipacu oleh masyarakat di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >