Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin WP Pritam Singh, Sylvia Lim kekalkan jawatan

Jun 30, 2024 | 7:51 PM
Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh (kanan), dan pengerusi parti itu, Cik Sylvia Lim (dua dari kanan), bercakap kepada media selepas persidangan dwitahunan parti itu pada 30 Jun.
Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh (kanan), dan pengerusi parti itu, Cik Sylvia Lim (dua dari kanan), bercakap kepada media selepas persidangan dwitahunan parti itu pada 30 Jun. - Foto ST

Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh dan Pengerusi parti itu, Cik Sylvia Lim, mengekalkan jawatan masing-masing semasa persidangan dwitahunan parti itu pada 30 Jun.

Dengan itu, ia membuka jalan untuk mereka berdua mengetuai parti pembangkang itu dalam Pilihan Raya Umum (GE) akan datang.

Kader parti itu juga memilih semula beberapa Anggota Parlimen (AP) WP yang lain dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) WP, bersama mantan ketua parti itu, Encik Low Thia Khiang, 68 tahun, dalam pemilihan dalaman yang memaparkan kesinambungan.

AP yang dipilih semula termasuk AP GRC Aljunied, Encik Faisal Manap, 49 tahun dan Encik Gerald Giam, 47 tahun; AP GRC Sengkang, Cik He Ting Ru, 41 tahun, Encik Louis Chua, 37 tahun, dan Profesor Madya Jamus Lim, 48 tahun, serta AP Hougang, Encik Dennis Tan, 54 tahun.

Sumber parti itu memberitahu The Straits Times (ST) bahawa Cik Lim, 59 tahun, sekali lagi dicabar oleh anggota lama WP, Dr Tan Bin Seng, namun Cik Lim menang dengan meraih sekitar dua pertiga undi untuk mempertahankan jawatan pengerusi parti itu yang dipegangnya sejak 2003.

Encik Pritam, 48 tahun, dipilih kembali tanpa bertanding.

Terdapat satu anggota baru dalam CEC – mantan AP Punggol East, Cik Lee Li Lian, 46 tahun, yang berundur daripada badan pembuat keputusan tertinggi parti itu pada 2020.

Barisan anggota CEC kekal tidak berubah, selain Cik Lee yang kembali ke CEC.

Turut menganggotai CEC tersebut ialah bekas calon GE, Encik Nathaniel Koh, 41 tahun, dan Encik Kenneth Foo, 47 tahun, Encik Tan Kong Soon, 47 tahun, dan Encik Ang Boon Yaw, 42 tahun, seorang peguam yang mula menjadi sukarelawan parti itu pada 2012.

Sekitar 80 kader mengundi pada persidangan tertutup itu yang diadakan di dewan Huone di Clarke Quay pada 30 Jun.

Bercakap kepada wartawan selepas sidang itu, Encik Pritam berkata ia adalah “satu keputusan hebat”.

“Kami ingin sekali bekerjasama dengan CEC ini untuk dua tahun akan datang,” tambahnya.

Sejak enam bulan lalu, WP telah menggiatkan usaha pendampingan masyarakat, dengan berkunjung ke tempat biasanya untuk menjual surat berita parti itu, Hammer, selain meningkatkan kunjungan dari rumah ke rumah di kawasan yang pernah ditandinginya.

GE akan datang, yang mesti diadakan menjelang November 2025, akan menjadi yang kedua dipimpin oleh Encik Pritam.

Selepas GE 2020, Encik Pritam dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg