Pemohonan bagi Biasiswa Peringati Lim Kim San dibuka 27 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemohonan bagi Biasiswa Peringati Lim Kim San dibuka 27 Feb

Yayasan SPH perkemas kriteria biasiswa, tumpu bantu pelajar isi rumah berpendapatan rendah.
Feb 26, 2026 | 5:53 PM

Pemohonan bagi Biasiswa Peringati Lim Kim San dibuka 27 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
biasiswa lim kim san, biasiswa yayasan sph, bantuan kewangan universiti singapura, biasiswa bahasa dan linguistik, biasiswa ilmu kemanusiaan, kriteria pci biasiswa singapura, biasiswa sosiologi sejarah ntu nus smu.
Penerima Biasiswa Peringati Lim Kim San 2025 bersama Pengarah Yayasan SPH, Encik Patrick Daniel (enam dari kanan). Terdapat 13 penerima biasiswa bagi tahun itu, yang dipilih daripada 60 pemohon. - Foto ST

Penuntut sarjana muda cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah, yang sedang mengikuti program ijazah sepenuh masa dalam bidang bahasa, linguistik dan ilmu kemanusiaan di universiti tempatan, diundang agar memohon Biasiswa Peringati Lim Kim San.

Biasiswa itu mengukuhkan iltizam Yayasan SPH dalam mendukung belia Singapura bagi mencapai aspirasi akademik mereka.

Pelajar yang berminat boleh memohon biasiswa itu mulai 27 Februari hingga 30 April.

Bagi edisi yang ke-21, biasiswa itu telah memperkemas kriteria kelayakan kewangannya dengan memperkenal had Pendapatan Per Kapita (PCI) tidak melebihi $1,250.

Langkah itu memastikan sokongan yang lebih terarah kepada pelajar daripada isi rumah berpendapatan rendah, yang memerlukan bantuan kewangan lebih besar bagi melanjutkan pengajian di universiti.

Rakyat Singapura dengan PCI tidak melebihi $1,250 dan pendapatan kasar isi rumah bulanan tidak melebihi $5,000, layak memohon.

Pemohon juga mestilah mempunyai rekod akademik dan kegiatan kokurikulum (CCA) cemerlang, serta aktif dalam kegiatan masyarakat.

Biasiswa itu menampung sepenuhnya yuran pengajian dan peperiksaan bagi tempoh kursus sehingga empat tahun.

Mereka turut berpeluang melalui latihan amali di SPH.

Di samping itu, penerima biasiswa akan menerima elaun sara hidup sebanyak $2,500 serta elaun buku $500 setiap tahun.

Sejak ia ditubuhkan pada 2006, hampir 200 pelajar telah meraih manfaat daripada biasiswa tersebut.

Sejajak dengan langkah Encik Lim Kim San, yang merupakan Menteri Pembangunan Negara yang pertama, penerima biasiswa digalak berbakti kepada masyarakat melalui kerja sukarela dan kemasyarakatan.

Antara penerima biasiswa itu pada 2025 ialah pelajar tahun ketiga bidang Sosiologi dan Sains Politik di Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Cik Shira Ong, 22 tahun.

Sebelum menerima biasiswa, beliau terpaksa bekerja sambilan di pelbagai tempat demi menampung yuran pengajian, sekali gus menjejas tumpuannya terhadap pelajaran.

Kini, beliau dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian dan mempunyai lebih masa serta tenaga untuk menimba pengalaman dengan lebih mendalam.

Bagi Encik Raulinder Singh, 29 tahun, pelajar tahun keempat jurusan Sejarah di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), biasiswa itu meringankan beban kewangan keluarganya.

Beliau tinggal bersama ibunya yang berusia 69 tahun, dan bekerja sambilan sebelum menerima biasiswa tersebut.

Biasiswa itu mendorong Encik Raulinder berbakti kepada pelajar daripada keluarga memerlukan, antaranya, dengan merancang untuk mengajar tuisyen Bahasa Inggeris.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg