Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pencalonan dibuka untuk Tokoh Singapura 2024 The Straits Times

Sep 4, 2024 | 5:11 PM
Anugerah Tokoh Singapura 2023 disampaikan kepada bekas jururawat, Cik Ronita Paul (kiri) dan penyelaras sukarelawan, Cik Geraldine Lee.
Anugerah Tokoh Singapura 2023 disampaikan kepada bekas jururawat, Cik Ronita Paul (kiri) dan penyelaras sukarelawan, Cik Geraldine Lee. - Foto ST

Apakah anda mengenali seseorang yang telah memberi sumbangan melebihi tanggungjawabnya untuk membantu orang lain atau meletakkan Singapura di peta dunia?

Untuk tahun ke-10, The Straits Times (ST) ingin mengenal pasti individu atau kumpulan yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat bagi anugerah Tokoh Singapura 2024.

Calon sebelum ini termasuk atlet negara yang mencipta sejarah di pentas dunia, warga Singapura yang menderma organ untuk menyelamatkan nyawa orang tidak dikenali, dan individu yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan sifat ihsan yang mengutamakan kebajikan orang lain, lapor The Straits Times.

Editor ST, Encik Jaime Ho berkata: “Pada 2024, kami akan menyambut 10 tahun dalam meraikan tokoh terbaik Singapura.

“Kami berasa teruja dengan kisah-kisah yang bakal kami temui tentang rakyat biasa Singapura yang melakukan lebih daripada yang diperlukan untuk memperkukuh masyarakat dan ikatan kita dalam satu cara atau lain.

“Kita sudah pun mempunyai begitu banyak kisah yang menyentuh hati kita.

“Saya yakin bahawa sekali lagi, akan ada lagi (tokoh) yang akan memberi inspirasi kepada kita.”

Sebelum ini, anugerah tahunan itu diberikan kepada warga Singapura yang pencapaiannya meletakkan Singapura di peta dunia, seperti perenang Joseph Schooling - pemenang pingat emas Olimpik pertama Singapura, dan ibu bapanya pada 2016.

Ia juga diberikan kepada rakyat Singapura yang membantu orang lain dengan sikap lebih mengutamakan kebajikan orang lain daripada diri sendiri, dan individu yang menunjukkan daya tahan luar biasa dalam mengharungi kesukaran.

Anugerah Tokoh Singapura 2023 disampaikan kepada bekas jururawat, Cik Ronita Paul, 72 tahun, dan penyelaras sukarelawan, Cik Geraldine Lee, 67 tahun, yang mengasaskan Pusat Kanak-Kanak Arc pada 2011 untuk memberi kanak-kanak yang menghidap penyakit barah, peluang menikmati zaman kanak-kanak normal.

Calon bagi anugerah itu yang disampaikan oleh UBS Singapore, mestilah warga Singapura yang memberi kesan kepada masyarakat pada 2024.

Pencalonan bagi anugerah Tokoh Singapura 2024 dibuka sehingga 31 Disember 2024 di https://www.straitstimes.com/soty24

Anugerah tersebut akan disampaikan pada suku pertama 2025.

Pemenangnya boleh merupakan individu atau kumpulan.

CARA MEMBUAT PENCALONAN

Maklumat lanjut mengenai cara membuat pencalonan boleh didapatkan di https://www.straitstimes.com/soty24

Pencalonan harus diserahkan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2024.

Penerima anugerah tersebut akan membawa pulang wang tunai $20,000 dan sepasang tiket penerbangan kelas perniagaan Singapore Airlines, sehingga tiga pasang tiket bagi kumpulan.

Selain itu, penerima akan juga menikmati penginapan lima malam di mana-mana hartanah Millennium Hotels and Resorts di seluruh dunia, untuk maksimum tiga orang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg