Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendaftaran MTTQ 2025 dilanjut hingga 8 Jun

May 30, 2025 | 5:30 AM
MTTQ, Al-Quran
Pelanjutan tarikh pendaftaran bagi Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran (MTTQ) Singapura 2025 memberi peluang kepada lebih ramai individu menyertai pertandingan Al-Quran tahunan peringkat nasional ini. - Foto fail

Pendaftaran Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran (MTTQ) Singapura 2025 kini dilanjutkan hingga 8 Jun.

Pelanjutan tarikh pendaftaran itu memberi peluang kepada lebih ramai individu untuk menyertai pertandingan Al-Quran tahunan peringkat nasional ini.

MTTQ 2025 kekal sebagai wadah utama dalam mempertingkat syiar Al-Quran di Singapura.

Pertandingan itu juga berperanan penting mencungkil dan membimbing bakat qari dan qariah serta hafiz dan hafizah muda daripada pelbagai latar belakang.

Terbuka kepada semua warganegara dan penduduk tetap Singapura, MTTQ 2025 mengalu-alukan penyertaan yang terangkum demi melahirkan generasi muda yang mahir dan mencintai Al-Quran.

Sila buat pendaftaran melalui pautan go.gov.sg/mttq2025.

Untuk pertanyaan, hantarkan e-mel ke mttq2025@mks.org.sg.

Bagi yang ingin maklumat terkini, ikuti QuranSG di media sosial melalui Instagram, instagram.com/quransg.mttq, dan Facebook, facebook.com/quransg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg