Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendayung kayak hilang di pantai Sentosa, belum ditemui

Oct 23, 2023 | 1:49 PM
MASIH HILANG : Seorang pendayung masih belum ditemui setelah hilang pagi Ahad di luar pantai Sentosa
MASIH HILANG : Seorang pendayung masih belum ditemui setelah hilang pagi Ahad di luar pantai Sentosa - Foto fail

Pencarian sedang dijalankan untuk mencari seorang pendayung kayak yang hilang di Sentosa.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pada Ahad (22 Okt) bahawa ia dimaklumkan pada kira-kira 10.25 pagi bahawa seseorang dilaporkan hilang di luar pantai pulau Sentosa.

Kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA), mereka juga dimaklumkan pada masa yang sama. MPA telah mengerahkan kapal rondaannya untuk mencari dan sedang menyelaras usaha itu dengan Pengawal Pantai Polis (PCG) dan SCDF.

“Isyarat dan siaran navigasi telah dikeluarkan untuk memberi amaran kepada kapal-kapal di sekitar melaporkan sebarang kemunculan orang yang dalam kesusahan di kawasan itu.”

Menurut laporan akhbar The Straits Times (ST), sebuah kapal penyelamat marin SCDF, serta penyelam dari Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana (DART), telah dikerahkan untuk operasi mencari.

Operasi mencari sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg