Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pendidikan kembara luar darjah: Panduan baru tangani kecemasan dilancar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendidikan kembara luar darjah: Panduan baru tangani kecemasan dilancar

Jan 24, 2024 | 05:30 PM



Sebuah panduan bagi menyokong penyedia pendidikan luar darjah mengurus kecemasan serta meningkatkan keselamatan telah dilancar pada 24 Januari.

Dokumen dari Majlis Pendidikan Kembara Luar Darjah (OAE) – ditubuhkan pada September 2022 – menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh penyedia sebelum, semasa dan selepas kecemasan.

Ini termasuk mengenal pasti jenis kecemasan dan insiden serius yang biasanya dikaitkan dengan program tertentu, seperti pendedahan kepada unsur cuaca atau kecederaan tulang.

Penyedia juga harus dapat mengenal pasti antara kecemasan kecil dan yang serius. Ini akan membantu mereka dalam memberikan respon serta langkah yang sesuai mengikut keseriusan serta impak daripada insiden tersebut.

Panduan tersebut juga menyatakan bahawa perlu ada peranan dan tanggungjawab khusus yang diberikan kepada individu dalam pelan tindakan kecemasan penyedia.

Antara langkah, sebagai contoh, seorang ketua kegiatan perlu menjalankan peranannya dengan menghentikan kegiatan serta melaporkan insiden tersebut.

Pengumuman panduan ini dibuat selepas kematian seorang pelajar Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) berusia 15 tahun.

Jethro Puah Xin Yang tergelincir semasa melakukan kegiatan berasaskan ketinggian pada 3 Feb 2021, di Safra Yishun semasa kegiatan sekolah yang dianjurkan oleh Camelot, sebuah syarikat pembelajaran kembara luar darjah.

Muhammad Nurul Hakim Mohamed Din, 23 tahun, fasilitator kegiatan luar sukarela yang gagal melakukan pemeriksaan fizikal ke atas abah-abah pelajar itu telah dijatuhi hukuman penjara enam bulan pada 16 Januari.

Di samping itu, satu set garis panduan wajib menangani keselamatan dalam kegiatan OAE sedang dibangunkan dan akan tersedia untuk maklum balas orang ramai pada separuh kedua 2024. Ia dijangka diterbitkan menjelang 2025.

Setelah selesai, piawaian kebangsaan untuk kegiatan OAE ini akan menyatakan tahap penjagaan keselamatan yang perlu diamalkan oleh pengajar kegiatan, dan tanggungjawab mereka semasa menjalankan kegiatan yang berasaskan darat, air serta ketinggian.

Pihak berkepentingan utama seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Outward Bound Singapore (OBS) adalah antara 17 wakil organisasi yang telah bekerjasama dengan majlis OAE untuk membangunkan garis panduan itu.

Pada masa ini, penyedia dan pengajar OAE yang menawarkan kegiatan berasaskan ketinggian kepada pelajar perlu melaksanakan langkah keselamatan Kementerian Pendidikan (MOE) yang dipertingkatkan, yang diterbitkan pada November 2022.

Menjelang suku pertama 2025, sektor OAE boleh mengharapkan sokongan untuk membina kemahiran mereka melalui peta jalan pembangunan tenaga kerja.

Ia akan menggariskan skop kerja khusus, prasyarat dan kemungkinan untuk kemajuan kerjaya dalam sektor OAE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >