Desmond Lee minta AP selesai soalan PSLE
Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, telah mengedarkan risalah yang mengandungi soalan matematik Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2022 kepada semua Anggota Parlimen (AP), mengundang mereka untuk mencubanya.
Tindakan ini dibuat semasa beliau menyampaikan kenyataan dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE) pada 3 Mac.
Menurutnya, edaran ini bertujuan menjelaskan bagaimana sebahagian soalan diolah untuk menguji kemahiran pemikiran kritikal pelajar, manakala soalan lain disusun secara berperingkat untuk membantu mereka menyelesaikannya secara progresif.
Encik Lee menyatakan demikian sebagai respons kepada usulan beberapa AP mengenai tahap kesukaran soalan PSLE, serta cadangan untuk menggugurkan PSLE sebagai peperiksaan utama.

