Setiap hari selepas waktu sekolah, tiga sekawan – Muhammad Luthfi Kassim, Muhammad Aqil Dasuki Muhamad Azmil dan Mohamed Fathurrahman Mohamed Faizal – akan berlatih ‘menyepit’ objek dengan seberapa pantas yang boleh.
Pengorbanan pelajar Sekolah Menengah Spectra itu membuahkan hasil apabila mereka muncul sebagai juara peringkat akhir peraduan penyepit robotik dalam cabaran kemahiran, ‘ignITE Skills Challenge 2025’, pada 20 Mei.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg