Apabila sebuah salun kuku di pusat membeli-belah Northshore Plaza I, Punggol, tiba-tiba ditutup pada Disember 2025, seorang penduduk, Cik Linda Chen, berasa bimbang kerana beliau masih mempunyai kredit bernilai sekitar $900 di kedai itu.

Namun Cik Chen, seorang jururawat, berkata beliau tidak terkejut. Beberapa kedai di pusat membeli-belah kejiranan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu telah dibiarkan kosong dalam tempoh yang lama, menimbulkan kebimbangan penduduk tentang kemeriahan yang tandus.