Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk East Coast buat 50,000 kuih Raya bagi 1,000 keluarga berpendapatan rendah

Apr 1, 2024 | 4:15 PM
Lebih 100 sukarelawan mendaftar dan turun padang ke studio membuat kuih di Kelab Masyarakat Siglap selama seminggu untuk membakar 50,000 kuih yang akan diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah.
Lebih 100 sukarelawan mendaftar dan turun padang ke studio membuat kuih di Kelab Masyarakat Siglap selama seminggu untuk membakar 50,000 kuih yang akan diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah. - Foto PERSATUAN RAKYAT

Penduduk East Coast GRC daripada pelbagai kaum dan agama sama-sama menyingsing lengan membakar beraneka kuih Raya untuk diagihkan kepada keluarga Melayu/Islam berpendapatan rendah.

Turut menyertai mereka pada 30 Mac ialah penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) East Coast, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; Timbalan Speaker, Cik Jessica Tan; dan Anggota Parlimen (AP), Cik Cheryl Chan.

Bersama, mereka telah membakar 50,000 keping kuih yang akan diagihkan kepada 1,000 isi rumah.

Daya usaha tersebut yang diberi nama, Muhibah Aidilfitri bersama East Coast GRC 2024 dianjurkan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) dan GRO East Coast.

“Masyarakat East Coast amat rencam dan ia sesuatu yang istimewa setiap kali masyarakat datang bersama untuk mencapai satu tujuan.

“Mereka menunjukkan betapa prihatin masyarakat ini. Penduduk berdedikasi memastikan keluarga berpendapatan rendah dapat menikmati semangat Hari Raya,” kata Dr Maliki.

Seramai lebih 100 sukarelawan telah mendaftar dan turun padang ke studio membuat kuih (baking studio) di Kelab Masyarakat Siglap selama seminggu untuk membakar kesemua 50,000 keping kuih itu.

Antara mereka yang terlibat dalam usaha tersebut ialah Encik Arthur Lim, 30 tahun.

“Apabila saya mendapat tahu bahawa GRC East Coast melakukan usaha ini untuk keluarga berpendapatan rendah, ia membuat saya teringin melakukan sesuatu yang bermakna bagi jiran tetangga saya.

“Saya rasa masyarakat ini memang sudah diketahui untuk turut bersatu dan saling membantu,” kata Encik Lim.

“Meskipun saya bukan orang Islam, jiran-jiran saya menjemput saya untuk membantu membuat persediaan makanan.

“Ia juga satu perasaan yang hebat untuk dapat bersama-sama rasai budaya satu sama lain dan menyambut masyarakat yang turut bersatu bagi tujuan murni.

“Saya tak sabar melihat senyuman di wajah penduduk yang menerima kuih Raya ini nanti,” tambah beliau.

Kuih Raya itu akan diagihkan kepada penduduk yang layak pada 6 April.

“Masyarakat East Coast amat rencam dan ia sesuatu yang istimewa setiap kali masyarakat datang bersama untuk mencapai satu tujuan. Mereka menunjukkan betapa prihatin masyarakat ini. Penduduk berdedikasi memastikan keluarga berpendapatan rendah dapat menikmati semangat Hari Raya.”
Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan).
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg