Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penerbangan SIA dilencong ke Perth akibat masalah teknikal

Jul 8, 2025 | 6:47 PM
Penerbangan SQ246 berlepas dari Lapangan Terbang Brisbane pada malam 7 Julai dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi sekitar 5 pagi pada 8 Julai.
Penerbangan SQ246 berlepas dari Lapangan Terbang Brisbane pada malam 7 Julai dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi sekitar 5 pagi pada 8 Julai. - Foto fail

Penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Brisbane ke Singapura dilencongkan ke Perth awal pagi 8 Julai selepas pesawat dilapor mengalami masalah teknikal semasa dalam penerbangan.

Penerbangan SQ246 berlepas dari Lapangan Terbang Brisbane pada malam 7 Julai dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi sekitar 5 pagi keesokan harinya, lapor The Straits Times (ST).

Laman web penjejak penerbangan, Flightradar24, menunjukkan pesawat berlepas dari Brisbane di pantai timur Australia, menuju ke Broome di barat laut negara itu sebelum berpatah balik ke selatan menuju Perth.

Menurut akhbar, The West Australian, yang memetik respons daripada syarikat penerbangan, Airbus A350, ia melaporkan bahawa pesawat itu mengalami “masalah teknikal semasa dalam penerbangan”.

Seramai 272 penumpang dan 15 anak kapal selamat mendarat di Perth sekitar 7 pagi.

Penerbangan itu terpaksa dibatalkan kerana pesawat berkenaan memerlukan alat ganti dan masa tambahan untuk pembaikan, kata jurucakap SIA kepada The West Australian.

Penumpang yang terjejas dibawa ke hotel berhampiran untuk menunggu penerbangan gantian, SQ9224 yang dijadual berlepas dari Perth pada 3.15 petang, 8 Julai dan tiba di Singapura pada 8.40 malam.

“Singapore Airlines sedang membantu penumpang yang terjejas dengan menawarkan pilihan penjadualan semula dan mengatur segala keperluan mereka.

“Keselamatan pelanggan dan anak kapal sentiasa menjadi keutamaan kami,” kata jurucakap tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg