Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenerima biasiswa PSC bakal ke Harvard, mahu sumbang kembali kepada masyarakat
Penerima biasiswa PSC bakal ke Harvard, mahu sumbang kembali kepada masyarakat
Penerima biasiswa PSC bakal ke Harvard, mahu sumbang kembali kepada masyarakat
Salah satu daripada 74 penerima biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) 2026 ialah Cik Nur Jehan Mohamad Hafiz yang bakal melanjutkan pengajian ijazah sarjana di Universiti Harvard, Amerika Syarikat dalam jurusan dasar awam.
Cik Jehan, 23 tahun, berharap dapat mengamalkan apa yang beliau pelajari tentang pembikinan dasar bagi menyumbang kepada Singapura dan masyarakat.
Beliau yang merupakan lulusan Universiti Kolej London (UCL) dalam bidang Psikologi Pendidikan, telah banyak meluangkan masa dengan kerja sukarelawan sewaktu di United Kingdom.
Antaranya, selama tiga tahun, beliau telah menjadi sukarelawan di The Literacy Pirates, badan yang membimbing ribuan kanak-kanak dalam kemahiran literasi di London.
Beliau juga telah berkhidmat di St John’s Soup Kitchen & Foodbank, badan kebajikan yang menyediakan makanan kepada golongan yang memerlukan, dengan membantu dalam menghidangkan makanan dan membungkus bekalan makanan.
Selain itu, beliau turut mengajar bahasa Inggeris di pusat pekerjaan tempatan bagi membantu golongan pendatang meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.