Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengalaman unik PM Lee jalin, kekal hubungan baik dengan 6 PM M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman unik PM Lee jalin, kekal hubungan baik dengan 6 PM M’sia

Apr 18, 2024 | 05:30 AM



Sebagai dua negara jiran rapat, Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan baik, walaupun kadangkala ada pasang surutnya.

Bagi Encik Lee Hsien Loong yang dilantik sebagai Perdana Menteri ketiga Singapura pada 12 Ogos 2004 – menggantikan Encik Goh Chok Tong – beliau mempunyai pengalaman unik bekerjasama dengan pemimpin utama Malaysia.

Sejak menerajui Singapura sepanjang tempoh sekitar 20 tahun, PM Lee bekerjasama bukan dengan satu atau dua atau tiga perdana menteri Malaysia, tetapi dengan enam perdana menteri Malaysia yang berlainan.

Mereka ialah Tun Abdullah Badawi (Oktober 2003-April 2009); Datuk Seri Najib Tun Razak (April 2009-Mei 2018); Tun Mahathir Mohamad (Mei 2018-Februari 2020); Tan Sri Muhyiddin Yassin (Mac 2020-Ogos 2021); Datuk Seri Ismail Sabri (Ogos 2021-November 2022); dan yang terbaru, Datuk Seri Anwar Ibrahim (sejak November 2022).

Enam perdana menteri Malaysia itu menampilkan kepelbagaian gaya kepimpinan selain pendekatan diplomatik yang kadangkala agak berbeza terhadap Singapura. Ada yang agak mesra seperti yang ditampilkan Datuk Anwar.

Ini dilihat semasa lawatan pertamanya ke Singapura pada lewat Januari 2023, tatkala Datuk Anwar menggelar PM Lee sebagai “sahabat yang dikasihi” sambil menyatakan bahawa “tiada isu (dua hala) harus dibiarkan tidak diselesaikan”.

Sejak itu, dua pemimpin itu telah secara langsung, jujur dan gigih berusaha untuk menangani beberapa isu tertunggak secara membina termasuk seperti isu sempadan kelautan, harga air, ruang udara dan beberapa isu lain.

Malah, semasa Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 pada Oktober 2023 di sini, PM Lee berkata “semua itu adalah isu penting dan kami akan mempertimbangkannya secara menyeluruh dan membina, dalam konteks yang lebih luas dalam hubungan keseluruhan kami”.

“Yang penting, isu-isu ini tidak akan dibenarkan mewarnai dan menjejaskan hubungan keseluruhan kita, atau mengurangkan banyak bidang kerjasama positif antara kita. Saya yakin kedua-dua negara boleh mengusahakan cara yang kukuh dan saling menguntungkan pada masa hadapan bagi semua isu ini,” ujar PM Lee.

Satu pencapaian utama adalah mengenai isu semakan harga air dengan kedua-dua pihak mengesahkan komitmen mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Air Sungai Johor 1962 (62WA) dan Malaysia akan terus menghormati komitmen untuk membekalkan air dari Johor ke Singapura.

Satu lagi kemajuan di bawah pentadbiran PM Lee adalah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) antara Malaysia dengan Singapura pada 11 Januari 2024. Ini bakal disusuli dengan pemeteraian Perjanjian Bersama JS-SEZ yang dijangka ditandatangani semasa Sesi Rahat Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada akhir 2024.

JS-SEZ dijangka memberi manfaat kepada pertumbuhan pelaburan Johor yang teguh, yang telah menyaksikan pelaburan sebanyak RM70.6 bilion ($20.3 bilion) pada 2022 merentasi pelbagai sektor, termasuk elektronik dan pembuatan makanan.

Satu lagi pencapaian utama adalah pembinaan Projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura yang disasarkan bermula pada Disember 2026. RTS Link melibatkan rel sepanjang sekitar empat kilometer yang mempunyai dua stesen – satu di Bukit Chagar, Johor Bahru, Malaysia, dan satu lagi di Woodlands North, Singapura.

Apabila siap kelak, RTS Link berupaya memuatkan sehingga 10,000 penumpang setiap jam di kedua-dua arah semasa waktu sibuk.

Pada masa sama, di bawah kepimpinan PM Lee, hubungan Singapura dengan negeri Johor turut menjadi lebih akrab.

Banyak lawatan diadakan termasuk siri kunjungan PM Lee dan sebilangan menteri Singapura menemui Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, yang kemudiannya menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Malaysia pada 31 Januari lalu.

Singapura secara tekal merupakan salah satu sumber utama pelaburan langsung asing ke Iskandar Malaysia, satu koridor ekonomi yang merangkumi sebahagian besar selatan Johor.

Sementara itu, lebih 300,000 rakyat Malaysia dari Johor merentasi dua lintasan sempadan antara Johor dan Singapura – Koswe dan Linkedua – setiap hari, bagi meraih peluang pekerjaan di negara ini.

Ini belum termasuk lagi ratusan ribu warga Malaysia yang tinggal dan bekerja secara tetap di Singapura, menjadikan mereka masyarakat diaspora Malaysia terbesar di dunia dan juga masyarakat asing terbesar di Singapura.

Natijahnya, walaupun PM Lee berinteraksi dengan enam perdana menteri Malaysia berlainan sepanjang tempoh 20 tahun, beliau dapat terus mengekalkan hubungan Singapura-Malaysia yang baik lagi utuh, di bawah usaha PM Lee untuk terus berbaik dengan semua negara termasuk negara jiran berdekatan.

Mentelah, Singapura dan Malaysia merupakan dua negara saling terkait dengan masing-masing menjadi rakan dagangan utama selain mempunyai hubungan antara rakyat yang erat. Hubungan erat ini sesungguhnya akan membawa manfaat besar dan saling menguntungkan kepada rakyat dua negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >