Pengangkutan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hiasan bertema Raya di kereta api, bas, stesen MRT

Mar 18, 2025 | 3:23 PM
Dari 17 Mac hingga 27 April, seni Hari Raya yang menonjolkan unsur budaya Melayu seperti baju tradisional dan kuih raya, menghiasi kereta api MRT.
Dari 17 Mac hingga 27 April, seni Hari Raya yang menonjolkan unsur budaya Melayu seperti baju tradisional dan kuih raya, menghiasi kereta api MRT. - Foto FACEBOOK LTA

Unsur budaya Melayu seperti baju raya dan songkok, serta hidangan rendang, ketupat, dan kuih makmur, menghiasi kereta api MRT, bas, dan beberapa stesen MRT sempena Hari Raya.

Inisiatif itu, yang bermula pada 17 Mac, bertujuan untuk memperkenalkan dan menyemarakkan budaya serta tradisi Hari Raya kepada penumpang harian menerusi corak hiasan dan karya seni.

Ia hasil kerjasama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dengan Taman Warisan Melayu dan pengendali pengangkutan awam Go-Ahead Singapore, SBS Transit, SMRT, dan Tower Transit Singapore.

Menurut hantaran LTA pada 16 Mac, hiasan tersebut akan menampilkan pelbagai unsur yang “melambangkan kemeriahan perayaan, daripada kegembiraan berbuka puasa bersama hingga detik berharga yang mengeratkan hubungan kekeluargaan”.

Berlangsung hingga 27 April, penumpang boleh menaiki MRT yang dihiasi di semua enam laluan MRT – Laluan Timur Laut (NEL), Laluan Downtown (DTL), Laluan Timur-Barat (EWL), Laluan Utara-Selatan (NSL), Laluan Circle (CCL) dan Laluan Thomson-East Coast (TEL).

Selain itu, perkhidmatan bas 30, 43, 67, 166, dan 963 turut akan dihiasi dengan hiasan perayaan, menambahkan lagi keceriaan suasana di jalan raya.

Stesen MRT Bedok, Serangoon, Bugis, Bukit Panjang, Little India, Punggol, Woodlands dan Marine Parade juga akan ditambah meriah dengan poster ‘Teroka Raya Festival 2025’, satu acara anjuran Taman Warisan Melayu yang meraikan warisan dan tradisi Hari Raya.

Festival itu, yang akan berlangsung pada 26 April di Pusat Warisan India, bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang Hari Raya ini menerusi persembahan, bengkel dan reruai khas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg