SPH Logo mobile
Langgan|

Kereta kebal yang langgar lampu isyarat hilang kuasa stereng, brek

Kereta kebal yang langgar lampu isyarat hilang kuasa stereng, brek

Jul 8, 2025 | 8:09 PM

Kereta kebal yang langgar lampu isyarat hilang kuasa stereng, brek

Rakaman video menunjukkan kereta kebal itu tidak dapat berhenti, lantas melanggar lampu isyarat apabila ia membelok di luar Bangunan Parlimen.
Rakaman video menunjukkan kereta kebal itu tidak dapat berhenti, lantas melanggar lampu isyarat apabila ia membelok di luar Bangunan Parlimen. - Foto tangkap layar SGRV/FACEBOOK

Sebuah kereta kebal Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang melanggar lampu isyarat semasa pertunjukan Pendidikan Nasional Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) didapati mempunyai komponen rosak yang menyebabkan kehilangan kuasa stereng dan brek, lapor The Straits Times (ST).

Bercakap kepada media pada satu taklimat media mengenai acara NDP pada 8 Julai, Kolonel David Kwek, pengerusi bersama Jawatankuasa Perayaan Kejiranan NDP 2025, berkata siasatan awal menunjukkan bahawa insiden itu berpunca daripada “satu komponen terpencil” pada kereta kebal tempur Leopard 2SG (L2SG) itu.

“Atas kewaspadaan yang tinggi, kami membuat semakan yang lebih terperinci dan kenderaan L2SG akan menyambung semula penyertaannya dalam segmen perarakan kenderaan tentera NDP dan perayaan di kawasan kejiranan, selepas semua pemeriksaan dan pelepasan keselamatan yang diperlukan selesai,” tambahnya.

Kemalangan itu berlaku pada 5 Julai semasa pertunjukan Pendidikan Nasional NDP, iaitu acara pratonton untuk pelajar.

Video kejadian itu menunjukkan kereta kebal itu tidak dapat berhenti, lantas melanggar lampu isyarat tersebut apabila ia membelok ke kanan di luar Bangunan Parlimen dan Mahkamah Agung.

Tiada kecederaan dilaporkan, dan kereta kebal itu kekal dalam kawasan terkepung.

Kemalangan itu telah menyebabkan kerosakan kecil pada lampu isyarat itu yang turut condong, tetapi sudah pun dibaiki.

Kereta kebal itu adalah sebahagian perarakan bergerak yang melibatkan perkakasan tentera dipaparkan dalam NDP 2025.

Kementerian Pertahanan (Mindef) sebelum ini berkata kereta kebal L2SG itu mengalami masalah teknikal, dan kemalangan itu berlaku selepas segmen perarakan kenderaan tentera.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg