Pengangkutan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelanggan Grab terkejut tambang lebih $1,000 dek gangguan paparan

Aug 20, 2025 | 4:25 PM
grab, fare
Beberapa pengguna media sosial berkongsi tangkap layar harga tambang Grab yang mencecah lebih $1,000 selama kira-kira 20 minit dari sekitar tengah hari 20 Ogos. - Foto FACEBOOK TAN KWEE YONG/SINGAPORE ATRIUM SALE

Beberapa pelanggan Grab di Singapura terkejut selepas aplikasi mudah alih untuk menempah pengangkutan itu pada 20 Ogos buat seketika memaparkan tambang mencecah lebih $1,000.

Tambang yang luar biasa tinggi itu, termasuk perjalanan singkat dalam negara, dapat dilihat selama kira-kira 20 minit dari sekitar tengah hari, lapor The Straits Times.

Menjawab pertanyaan media, jurucakap Grab berkata kenaikan harga itu disebabkan kesilapan paparan secara sementara.

“Kami menghadapi isu sistem sementara yang menyebabkan harga tinggi luar biasa dipaparkan secara salah dalam aplikasi.

“Isu ini telah diselesaikan dan aplikasi itu kini berfungsi seperti biasa. Kami amat kesal atas kesulitan yang berlaku,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Bloomberg melaporkan bahawa pengguna di negara jiran, Malaysia, juga mengalami masalah harga yang sama.

Beberapa pengguna menggunakan media sosial untuk berkongsi tangkap layar lonjakan tambang yang drastik itu.

Antaranya ialah pengguna Facebook, Tan Kwee Yong, yang menulis: “Saya tidak pernah tahu (perjalanan) dari kem tentera saya ke kem tentera lain akan menelan belanja satu perempat daripada gaji saya.”

Tambangnya disenaraikan sebagai $1,511.80.

Dalam tangkapan skrin lain, kos perjalanan dari Tampines ke pusat beli-belah Kinex di Katong disenaraikan dengan harga $1,012.

Seorang pengguna berkata: “Saya tertanya-tanya jika ada sesiapa yang memeriksa tambang atau hanya menekan butang tempahan.”

Sistem Grab direka supaya tempahan dengan tambang yang luar biasa tinggi biasanya tidak akan dilaksanakan.

Bagaimanapun, syarikat itu sedang melakukan pemeriksaan dan mereka yang dikenakan tambang sedemikian akan diberi pampasan.

Grab, yang disokong oleh Uber Technologies yang berpangkalan di Amerika Syarikat, adalah pengendali pengangkutan dominan di Singapura serta pasaran lain di rantau ini, termasuk Malaysia dan Thailand.

Uber menghentikan operasinya di Asia Tenggara pada 2018 selepas menyerahkan perkhidmatannya kepada Grab sebagai pertukaran untuk pegangan saham dalam syarikat itu.

Grab kini menghadapi saingan sengit daripada Kumpulan GoTo Indonesia dan beberapa pesaing yang lebih kecil di rantau ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg