Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengarah syarikat dijel 20 bulan, didenda lebih $1.5j kerana komplot buat tuntutan palsu bagi geran

Aug 29, 2023 | 8:21 PM
HUKUMAN PENJARA DAN DENDA: Sofian dikenakan hukuman penjara dan denda selepas didapati bersalah berkomplot membuat tuntutan palsu bagi dana PIC.
HUKUMAN PENJARA DAN DENDA: Sofian dikenakan hukuman penjara dan denda selepas didapati bersalah berkomplot membuat tuntutan palsu bagi dana PIC. - Foto ST

Pengarah syarikat berusia 43 tahun, Sofian Osman, pada Selasa disabit kesalahan atas sembilan tuduhan berkomplot membuat tuntutan palsu bagi mendapatkan geran skim Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC).

Sofian dikenakan hukuman penjara 20 bulan dan diperintah membayar denda $1,520,800, menurut kenyataan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) pada Selasa.

Dia didakwa berkomplot dengan seorang lagi individu, Muhammad Iskandar Abd Hakim, untuk membantu tujuh individu lain membuat tuntutan palsu bagi mendapatkan sebanyak $430,600 daripada geran PIC.

Skim tersebut memberi bayaran tunai dan bonus kepada syarikat yang layak untuk merangsang produktiviti.

Selepas tuntutan tersebut diluluskan Iras, Sofian dan Iskandar dikatakan mengambil sebahagian daripada bayaran tunai serta bonus yang diperolehi.

Iskandar telah dikenakan hukuman pada Julai 2022.

Sofian merupakan pengarah empat syarikat; Supreme App Pte Ltd, Elegance Systems Pte Ltd, Ideal Secretarial & Consultancy Services Pte Ltd dan 3SI Technologies Pte Ltd.

Sebelum ini, pada 6 April 2023, Sofian telah disabit kesalahan membantu salah satu syarikat di mana beliau berkhidmat sebagai pengarah – Ideal Secretariat & Consultancy Services Pte Ltd – mendapatkan bayaran tunai dan bonus sebanyak $65,400 di bawah skim PIC secara tidak sah.

Ini dilakukan dengan memberikan maklumat palsu bahawa syarikat itu memenuhi semua syarat kelayakan di bawah skim tersebut.

Dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan dan dua minggu serta diperintah membayar denda sebanyak $261,600.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg