Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pengaruh radikalisasi atas belia tidak kira bangsa, agama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengaruh radikalisasi atas belia tidak kira bangsa, agama

Jan 24, 2024 | 09:00 PM



Pengaruh radikalisme yang mempengaruhi belia secara dalam talian telah menjadi ancaman utama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lebih membimbangkan, ia tidak hanya melibatkan unsur agama tetapi ideologi yang tiada kaitan dengan agama seperti pertuanan kulit putih atau white supremacist juga, kata Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali.


Beliau menambah dengan kemunculan teknologi dan Internet, sesiapa sahaja boleh menjadi radikal, tanpa mengira kepercayaan, agama, umur, latar belakang dan kaum.

“Ancaman utama hari ini ialah ideologi kebencian. Ia datang dalam pelbagai bentuk. Kebencian terhadap agama lain, kebencian terhadap orang asing, pemerintah, dan mereka yang tidak mempercayai kepercayaan yang sama dengan kita.

“Di dalam talian, ada pendakwah yang menyebarkan fahaman ini dan kita lihat trend ini semakin meningkat dan membimbangkan. Ia bukan ancaman baru, ancaman ini menyasarkan anak muda,” kata Ustaz Mohamed.

Demikian perkongsian Ustaz Mohamed bersama Berita Harian (BH) sebagai ulasan terhadap kes berkaitan seorang belia yang ditahan kerana menjadi radikal dengan propaganda pelampau sayap kanan dalam talian.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Januari, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) berkata bahawa seorang belia Cina berusia 16 tahun yang menganggap dirinya sebagai ketuanan kulit putih selepas diradikalisasikan oleh propaganda pelampau sayap kanan dalam talian telah menerima Arahan Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada November 2023.

Beliau adalah warga Singapura kedua yang ditahan di bawah ISA selepas menjadi radikal dek ideologi ekstremis sayap kanan. Warga Singapura pertama, yang kini berusia 19 tahun, adalah seorang penganut ajaran Kristian berfahaman Protestan dan telah dibebaskan daripada tahanan pada Januari selepas hampir tiga tahun.

Ustaz Mohamed berkongsi bahawa ancaman radikalisasi diri tidak khusus kepada mana-mana agama, tetapi juga boleh disebabkan oleh ideologi ekstrem yang dipegang oleh belia yang sedang mencari hala tuju kehidupan dan membina identiti mereka sendiri.

“Sebagai belia, mereka mahu mencari identiti mereka sendiri dan pada masa yang sama, mereka bergelut dengan identiti mereka sebagai warga Singapura, sebagai seorang Muslim, sebagai seorang Kristian. Jadi belia kita perlukan bimbingan.


“Anak muda kita mesti belajar cara hidup dalam konteks Singapura iaitu masyarakat berbilang kaum dan agama. Jika mereka tidak mendapatkan tunjuk ajar, kita akan melihat lebih banyak ideologi kebencian seperti itu,” kata Ustaz Mohamed.


Penganalisis lain yang bercakap dengan BH bersetuju bahawa ancaman radikalisasi diri bukan masalah satu agama atau kaum tertentu, tetapi memberi kesan kepada semua belia tanpa mengira latar belakang mereka memandangkan pendedahan mereka kepada kandungan yang tidak ditapis di dalam talian.


“Ancaman itu nyata dan walaupun ideologi sebegitu bukan berasal dari Singapura, golongan belia didedahkan dengan ideologi tersebut melalui Internet dari luar Singapura. Mereka lebih mudah dipengaruhi kerana pemikiran dan semangat mereka untuk memperjuangkan sesuatu yang mereka amat percayai.

“Jika kita tidak membimbing mereka ke arah yang lebih baik, mereka akan cuba mencari tujuan hidup mereka sendiri daripada sumber lain di Internet dan mereka boleh menjadi radikal,” kata Pengerusi AMP, Ustaz Fathurrahman Dawoed, yang juga merupakan ketua Kumpulan Penjagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) yang membantu membimbing dan memulihkan tahanan.

Dalam kenyataan itu juga, ISD berkata walaupun ideologi pelampau sayap kanan belum mendapat tempat yang ketara di Singapura, rakyat Singapura tidak terlepas daripada ideologi sedemikian, dan perlu mengekalkan kewaspadaan.

Meskipun berita terkini tidak menjejas atau berkaitan dengan anak muda Melayu/Islam, penganalisis berkata ia masih membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan belia dari mana-mana etnik juga, dan ia memerlukan kerjasama semua masyarakat.


“Terdapat persamaan dan perbezaan dalam kes sebelum ini. Kedua-duanya memegang ideologi teori  Great Replacement tetapi etnik mereka berbeza.


“Walaupun terdapat potensi untuk kes radikal Islam terus bergelora, kita mungkin sedang memasuki zaman di mana “radikalisasi” berasaskan sebab, ideologi atau politik,” kata Pengarah Eksekutif SJK Geostrategic Advisory, Dr Shashi Jayakumar.


Dekan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Dr Kumar Ramakrishna, berkata fenomena ini bukan hanya berlaku di Singapura, tetapi juga berlaku di seluruh dunia.


Beliau menggesa seluruh masyarakat, termasuk keluarga dan rakan-rakan supaya melihat golongan belia yang terdedah, terutamanya mereka daripada latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan kekurangan akses kepada contoh yang baik kerana mereka mungkin mencari makna dan model peranan alternatif daripada ekstremisme dalam talian.


“Malangnya, ini adalah fenomena global. Ini kerana belia sedang membesar, mendambakan keseronokan, sering mencari jawapan yang nyata tentang masalah dan tujuan kehidupan mereka.


“Ini boleh menjejas belia tanpa mengira bangsa atau agama. Kita telah pun melihat dua kes sebegitu mengenai pertuanan kulit putih pelampau sayap kanan di Singapura. Kedua-dua kes di Singapura bukan orang putih pun,” kata Dr Kumar.


Seorang lagi ahli ACG, Encik Anbarasu Rajendran, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sinda, berkata bahawa usaha kolektif antara pemerintah dan masyarakat adalah penting dalam mengurangkan risiko yang berkaitan dengan ancaman radikalisasi diri dan mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan keseluruhan Singapura.


Tambahnya, walaupun terdapat kes terpencil di kalangan belia yang menjadi radikal, ia tidak menunjukkan trend meningkat tetapi masyarakat perlu terus berwaspada.


“Terima kasih kepada usaha bersepadu pihak berkuasa dan masyarakat, perlindungan yang kukuh telah diwujudkan untuk mengelakkan sebarang peningkatan dalam keadaan sedemikian.


“Kerjasama berterusan antara pemerintah, masyarakat dan individu adalah penting untuk menangani punca radikalisme dan memastikan masyarakat yang selamat dan harmoni,” kata Encik Anbarasu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >