Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengawal selia persaingan luluskan bersyarat pengambilalihan ChargEco oleh SP Mobility
Pengawal selia persaingan luluskan bersyarat pengambilalihan ChargEco oleh SP Mobility
Pengawal selia persaingan luluskan bersyarat pengambilalihan ChargEco oleh SP Mobility
Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) telah meluluskan secara bersyarat pengambilalihan syarikat pengecas kenderaan elektrik (EV) ChargEco oleh pesaingnya, SP Mobility, pada 28 Mei.
Kelulusan ini dicapai setelah SP Mobility bersetuju dengan beberapa komitmen utama, terutamanya untuk tidak menaikkan harga pengecasan EV di tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di kawasan timur.
Kedua-dua syarikat ini merupakan pemenang kontrak bagi pemasangan alat pengecas di tempat letak kereta HDB kawasan timur di bawah projek besar-besaran Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sejak November 2022.
Menurut CCCS, sebarang kenaikan harga hanya dibenarkan jika ia disebabkan keperluan pihak pengawal selia atau faktor yang di luar kawalan SP Mobility.
Selain itu, syarat penting lain yang dikenakan ialah jaminan bahawa pemandu EV tidak akan terjejas dari segi akses kepada skim diskaun atau rebat sedia ada. Komitmen yang dikemukakan oleh SP Mobility ini akan berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun, bermula pada tarikh kelulusan bersyarat tersebut.
Komitmen yang dikemukakan oleh SP Mobility itu akan berkuat kuasa selama tiga tahun bermula pada 28 Mei, menurut pengawal selia itu.
Syarikat itu juga perlu memaklumkan EV-Electric, anak syarikat LTA yang menguruskan pelancaran pengecas EV, mengenai sebarang perubahan harga.
Selain itu, maklumat mengenai perubahan harga itu juga perlu disampaikan kepada anak syarikat LTA yang bertanggungjawab ke atas pemasangan pengecas EV, EV-Electric.
Selain itu, maklumat mengenai perubahan harga itu juga perlu disampaikan kepada anak syarikat LTA yang bertanggungjawab ke atas pemasangan pengecas EV, EV-Electric.
Kelulusan bersyarat ini diperoleh setelah Sesi Rundingan Awam kedua (30 Mac hingga 13 April) selesai, di mana CCCS memutuskan bahawa ikrar SP Mobility “mencukupi” bagi melenyapkan kebimbangan persaingan tidak sihat.
Dalam proses penilaian yang bermula dengan rundingan awam pertama pada Januari, kebimbangan utama CCCS adalah terhadap penguasaan pasaran di kawasan letak kereta HDB wilayah timur, walaupun pengambilalihan meliputi seluruh Singapura.
Untuk memastikan pematuhan berterusan, CCCS berhak melantik pemegang amanah pemantau bebas jika timbul keraguan. SP Mobility, sebahagian dari SP Group, dan ChargEco, usahasama antara Strides Mobility (SMRT) dan YTL PowerSeraya, adalah pemain utama dalam pasaran ini.
Berdasarkan data, ChargEco mengendalikan 1,100 pengecas, manakala SP Mobility memiliki 1,575 pengecas, menyumbang sebahagian besar daripada 8,223 tempat pengecasan awam di Singapura yang turut merangkumi operator lain seperti Charge+, CDG Engie, dan Shell.
