Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penggiat sastera dan bahasa Juffri Supa’at meninggal dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggiat sastera dan bahasa Juffri Supa’at meninggal dunia

Apr 18, 2024 | 05:57 PM



Pergerakan sastera dan bahasa Melayu Singapura kehilangan seorang penggiat dan penyumbang ketara selepas penulis dan pustakawan, Encik Juffri Supa’at, meninggal dunia pada 16 April pada usia 56 tahun.

Allahyarham, seorang Pustakawan Kanan di Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), dan anggota badan persuratan Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) antara lain telah menyertai beberapa jawatankuasa berhubung bidang tersebut sejak 1990-an.

Malah, beliau baru menerbitkan satu koleksi puisi bertajuk Ilham Bebas Kurungan, pada Januari 2024.


Allahyarham disahkan meninggal dunia selepas keluarganya menemuinya di flatnya di Potong Pasir dalam keadaan tidak sedarkan diri sekitar 9 malam pada 16 April, dan dikebumikan sekitar 2.30 petang di Pusara Aman sehari kemudian.







Allahyarham Juffri, yang tidak berumah tangga, merupakan seorang anak lelaki sulung yang mempunyai dua adik perempuan berusia 55 tahun dan 52 tahun.

Adik bongsu arwah, Cik Kartina Supa’at, yang tinggal di lantai berasingan di blok yang sama dengan arwah, memberitahu Berita Harian (BH), arwah menyatakan dirinya kurang sihat sehari sebelum pemergiannya ketika Cik Kartina memberi kepadanya sebungkus bubur sebagai sajian untuk berbuka puasa enam.


Kali terakhir mereka berhubung adalah sekitar 8.30 pagi, 16 April.

Arwah berkata dirinya lebih sihat dan perlu ke kerja, kata Cik Kartina, namun sepanjang hari beliau tidak membalas kiriman mesej atau panggilannya.

Selepas pulang dari kerja, Cik Kartina memutuskan untuk menghantar makanan nasi goreng kepada arwah di rumahnya bersama anak lelakinya.

Selepas memasuki rumahnya itu, beliau berkata arwah – yang menghidap darah tinggi dan penyakit kencing manis – kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kepada BH, ia menerima panggilan pada 9.15 malam di blok tersebut dan seorang individu disahkan meninggal dunia oleh seorang paramedik.

Seorang lagi adik arwah, Cik Kartini Supa’at, 55 tahun, berkata beliau terkejut apabila menerima berita tentang pemergian abangnya.

“Kami memang rapat sebab dia yang jaga kami selepas ayah meninggal dunia ketika kami masih kecil,” katanya.

“Arwah bukan sekadar abang kepada kami tetapi persis tokoh ayah, yang telah membantu mencari nafkah sejak di sekolah menengah sebab ibu kami tak bekerja.

“Abang seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan sangat dihormati,” ujar Cik Kartini lagi







Antara sumbangan Allahyarham termasuk menjadi anggota jawatankuasa Bulan Bahasa dari 1990-an hingga 2015 serta jawatankuasa Anugerah Persuratan dan Mastera dari tahun 2000 dan 2015 masing-masing hingga 2020.

Beliau Timbalan Setiausaha Majlis Bahasa Melayu Singapura antara 2010 dengan 2020, dan telah menjadi kurator bagi beberapa pameran serta membantu menyusun dan menyunting Bibliografi Sastera Melayu Singapura.

Teman rapat arwah di NLB, Encik Mazelan Anuar, 50 tahun, seorang Pustakawan Kanan, berkata arwah mempunyai minat mendalam dalam seni penulisan dan gigih merakamkan sumbangan penulis lain.

“Arwah orang yang ceria, ramah, suka berseloroh tetapi berhemah dan pandai menjaga batasan gurauan,” katanya.







Turut mengucapkan takziah, Majlis Bahasa Melayu dalam satu pos di Facebook berkata arwah seorang yang peka dan tajam yang “sering membuat pemerhatian yang relevan dan kritis tentang perkembangan bahasa dan kesusasteraan tempatan dan rantau”.

Asas 50 pula berkata: “Sumbangan Allahyarham dalam persuratan Melayu tetap dikenang dan menjadi ingatan sepanjang masa.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >