Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penghantaran makanan untuk pekerja migran lebih tersusun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghantaran makanan untuk pekerja migran lebih tersusun

Feb 19, 2024 | 05:13 PM



Pekerja migran yang tinggal di asrama di Singapura kini mendapat jaminan makanan bersih daripada syarikat katering, selepas Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengarahkan pengusaha asrama yang ingkar mengambil tindakan pembetulan susulan laporan eksklusif akhbar The Straits Times (ST) mengenai makanan yang ditinggalkan di luar asrama.


Sebelum ini, sesetengah syarikat katering meninggalkan bungkusan makanan di dalam kotak di luar asrama – kadangkala di ladang berhampiran – menyebabkan makanan itu terdedah kepada cuaca dan keadaan, menurut laporan pada 10 April 2023.

Akibatnya, makanan menjadi rosak sebelum ia diambil pekerja asing yang pulang dari kerja beberapa jam kemudian.

Menurut pekerja di empat asrama, keadaan telah bertambah baik.

Di luar empat asrama di Senoko Way, Kranji Road dan Admiralty Road West, kotak makanan yang ditinggalkan secara sembarangan – yang pernah menjadi pemandangan biasa di padang dan laluan pejalan kaki berhampiran – tidak lagi berlaku.

Di Cochrane Lodge 1 di Admiralty, makanan yang dihantar oleh syarikat katering kini diletakkan di atas rak-rak, di bawah tempat perlindungan bersebelahan dengan gerai makanan.

Papan tanda di sebelah rak-rak itu bertulis: “Hanya syarikat katering berlesen dibenarkan meletakkan makanan mereka di sini.”

Pekerja di tiga asrama lain – Cochrane Lodge 2 di Admiralty, asrama Poh Wah di Senoko Way dan Kranji Lodge 1 –memberitahu ST pek makanan dari syarikat penyedia makanan kini diletakkan di dalam premis itu.

Pemuat treler, Encik Karrupiah Ranggam, yang telah bekerja di Singapura selama 17 tahun, berkata ramai pekerja asing mengalu-alukan tempat penghantaran dan pengedaran makanan baru di Cochrane Lodge 1.

Beliau menambah, ramai pekerja asing membayar antara $120 dan $130 sebulan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam yang disediakan oleh syarikat katering luar kerana ia lebih murah daripada makanan yang disediakan oleh pengusaha asrama.

Pada 2023, ST telah melawat 25 asrama di seluruh Singapura selama 13 hari, dan menemui kotak logam dan plastik yang mengandungi bungkusan makanan di luar 10 asrama.

Ia adalah amalan yang mungkin bermula apabila sekatan Covid-19 berkuat kuasa, dan mereka mendapat akses terhad ke kediaman pekerja.

Penjual pihak ketiga yang dilantik oleh syarikat katering, termasuk pembekal tidak berdaftar, juga telah meninggalkan makanan yang telah dimasak tanpa pengawasan dan terdedah di luar asrama.

Dalam satu e-mel pada 11 Januari, MOM berkata ia “telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha asrama yang ingkar dan gagal memastikan makanan yang dihantar kepada penghuni mereka dilindungi daripada pencemaran”.

Tanpa mendedahkan bilangan pengusaha yang tidak mematuhi peraturan, jurucakap MOM berkata: “Pengusaha asrama telah mengambil tindakan pembaikan dengan menyediakan tempat penyimpanan makanan yang betul di dalam premis asrama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >