Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penghargaan masyarakat mencurah untuk PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghargaan masyarakat mencurah untuk PM Lee

Apr 16, 2024 | 07:28 PM



Masyarakat Singapura tidak henti-henti mencurahkan kata-kata penghargaan kepada Encik Lee Hsien Loong, menyusuli berita peralihan kepimpinan yang menyaksikan pengunduran beliau sebagai perdana menteri pada 15 Mei ini.

Antaranya ialah Encik Muhammad Nur Thouffiq, 21 tahun, seorang pelajar Program Diploma Belajar-Kerja (WSDip) dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej West yang mengingati sumbangan penting Encik Lee dalam membenarkan pemakaian tudung semasa bekerja bagi golongan Muslimah barisan hadapan.

Encik Thouffiq yang ditemui Berita Harian (BH) berkata: “Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana berkhidmat kepada kita semua dan menjadikan Singapura tempat yang lebih selamat.”


Antara badan Melayu/Islam yang turut menzahirkan penghargaan ialah AMP yang menyifatkan peralihan kepimpinan ini sebagai satu peristiwa penting bagi Singapura.

Pengerusi AMP Singapura, Encik Fathurrahman Dawoed menyifatkan tempoh kepimpinan Encik Lee sejak dua dekad lalu sebagai era kepimpinan yang terbuka dan kolaboratif.

Beliau yang memimpin pertubuhan angkatan karyawan Islam itu turut meluahkan penghargaan kepada Encik Lee atas sokongan padu beliau terhadap AMP sepanjang tahun.

“Kebijaksanaan beliau yang tidak ternilai dan penglibatan ikhlas ​​beliau dengan kita telah memberikan pandangan yang berharga, membolehkan kita berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat Islam dan Singapura pada umumnya.”

“Semasa kepimpinannya, kita juga telah menyaksikan kemajuan dasar yang ketara dalam masyarakat kita yang kita syukuri, termasuk membenarkan barisan hadapan memakai tudung,” kata beliau.

Kepimpinan Encik Lee telah memupuk perpaduan, kemakmuran, dan perpaduan sosial, meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam perjalanan Singapura, tambahnya.

Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) turut merakamkan penghargaan tinggi kepada Encik Lee atas dedikasinya dalam berkhidmat kepada rakyat Singapura.

“Sepanjang jawatan beliau, masyarakat melihat beberapa peristiwa penting, termasuk pada 2021, apabila wanita Islam dalam sektor penjagaan kesihatan dapat memilih untuk memakai tudung semasa bekerja. PPIS berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai usaha dan perbincangan sehingga kini,” ujar jurucakap PPIS.

Dalam catatan Facebook pada 15 April lalu, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata: 

“Kami berterima kasih atas kepimpinan dan khidmat Encik Lee kepada Singapura, sentiasa mendahulukan negara dan rakyat sebelum dirinya sendiri.”

Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Kedua Kewangan, Encik Chee Hong Tat, turut menzahirkan penghargaan beliau bagi pihak keluarga Kementerian Pengangkutan (MOT) dan sektor pengangkutan, terhadap kepimpinan Encik Lee dalam catatan Facebooknya pada 15 April juga.

Kepimpinan Encik Lee telah meningkatkan sistem pengangkutan udara, laut dan darat Singapura serta status hab Singapura.

“Encik Lee pernah berkata bahawa pengangkutan awam adalah penyama sosial yang menghubungkan orang dan tempat – ia adalah pengalaman bersama menjalani kehidupan di Singapura, di mana rakyat Singapura dari semua lapisan masyarakat menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja, sekolah dan rekreasi.

“Selama bertahun-tahun, kami telah menambah baik sistem pengangkutan awam kami, dengan mengambil kira kepentingan rakyat Singapura,” kata Encik Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >